Oct 11

Cat Steven : Father And Son

Cat Steven : Father and Son

Ini adalah salah satu lagu kegemaran aku… bercerita bagaimana seorang ayah menasihati si anak dan bagaimana si anak memberi reaksi terhadap nasihat bapanya. Apabila aku dengar je lagu ini, terbayang dalam fikiran.. adakah begini yang anak aku akan fikirkan kelak ????

Lirik:

Father
It’s not time to make a change,
Just relax, take it easy.
You’re still young, that’s your fault,
There’s so much you have to know.
Find a girl, settle down,
If you want you can marry.
Look at me, I am old, but I’m happy.

I was once like you are now, and I know that it’s not easy,
To be calm when you’ve found something going on.
But take your time, think a lot,
Why, think of everything you’ve got.
For you will still be here tomorrow, but your dreams may not.

Son
How can I try to explain, when I do he turns away again.
It’s always been the same, same old story.
From the moment I could talk I was ordered to listen.
Now there’s a way and I know that I have to go away.
I know I have to go.

Father
It’s not time to make a change,
Just sit down, take it slowly.
You’re still young, that’s your fault,
There’s so much you have to go through.
Find a girl, settle down,
If you want you can marry.
Look at me, I am old, but I’m happy.
(Son– Away Away Away, I know I have to
Make this decision alone – no)
Son
All the times that I cried, keeping all the things I knew inside,
It’s hard, but it’s harder to ignore it.
If they were right, I’d agree, but it’s them They know not me.
Now there’s a way and I know that I have to go away.
I know I have to go.
(Father– Stay Stay Stay, Why must you go and
Make this decision alone?)

Oct 06

Selamat Tinggal Steve Jobs

Pelik, tapi benar. Aku menang tak pernah berkenan dengan produk Apple, tapi  apabila dengar berita yang Steve Jobs dah meninggal dunia, rasa sayu dan kekosongan. Steve Jobs adalah tokoh perniagaan  yang tiada tolok bandingnya dan menjadi idola aku, walaupun dari segi perwatakan dan ciri-ciri khusus, aku paling hampir dengan Steve Wozniak (another co-founder Apple) berbanding Steve Jobs kerana hanya itulah caranya untuk berjaya dalam dunia perniagaan.

Walaupun banyak berita sebelum ini yang menyatakan Steve Jobs takkan hidup lama lagi, aku masih sukar menerima kenyataan ini. Sebagai perbandingan, aku pecaya, perasaan aku ni adalah sama seperti sekiranya Tun Dr. Mahathir meninggal dunia nanti. Aku akan terasa kehilangannya dan terasa tiada lagi orang yang akan dapat menggantikanya walaupun 100 tahun lagi.

 

Selamat Tinggal Steve Jobs.

Yang Benar :

P/S : Oleh kerana aku=Steve Wozniak, aku perlukan seseorang seperti Steve Jobs untuk berjaya. Pencarianku masih belum membuahkan hasil.

May 23

Kalau 3 line = PEKIDA, apa maknanya 2 line ?

Untuk aku, 2 line bermaksud, Puteri Ivybridge Iman  atau Putera Haswell Ilmi akan datang dari dimensi ke-empat untuk hidup bersama kami 9 bulan dari sekarang. Nak djadikan cerita… pagi tadi yang sunyi… tatkala embun pagi masih membasahi bumi, dan tatkala aku ralit memicit papan kekunci menyiapkan kertas kerja… tiba-tiba, isteriku datang dengan khabar berita yang mengejutkan… “ada 2 line”. Waaaaaahhhh, itulah berita paling menarik hari ini. Alhamdulillah, syukur kepada tuhan. Seperti sebelum ini, aku sambut berita ini dengan 2 perasan yang tidak dapat dipisahkan, rasa gembira dan rasa takut. Rasa gembira, kerana anak seterusnya kemungkinan besar bukan lagi akhir tahun, dan rasa takut kerana memang aku tak ada duit. Tapi aku bertawakkal kepada Allah, dan aku percaya bahawa setiap insan ada rezekinya sendiri yang tertulis. Bukanlah dalam menguasaan aku untuk memberi rezeki kepada anak-anak dan isteriku, tetapi segalanya datang daripada Allah S.W.T

Semuanya masih terlalu awal untuk dikatakan. Mengkut statisik, hanya 15% peluang sesuatu zigot untuk melepasi 1st trimester. Andainya melepasinya, entah bagaimana ia apabila dilahirkan… adakah segalanya sempurna ? Dan mengikut pengalaman dulu, Aida perlukan bed rest untuk mengelak keguguran dan aku tak nampak bagaimana ianya boleh berlaku sekarang dalam keadan dia bekerja sekarang. Sesungguhya, tiadalah kuasa upayaku untuk membuat apa-apa. Segalanya terserahlah kepada Allah S.W.T dan aku hanya mampu berdoa agar diberikannya apa yang terbaik untuk keluarga kami.

 

May 14

Tipudaya Barat Membunuh Osama Laden Kali Ke-2

Mungkin masih ramai kawan-kawan di luar sana yang tidak menyedari bahawa Barat kini berusaha membunuh Osama Laden untuk kali yang kedua. Barat sedar, walau jasad Osama Laden telah terkubur, namun Osama Laden masih hidup di dalam hati orang-orang muslim yang memujanya.

Semalam, berita reuters melaporkan banyak video-video lucah telah ditemui oleh US di dalam thumb-drive yang dirampas dari rumah Osama Laden. Apabila aku membaca berita ini, apa yang terdetik dalam fikiran aku adalah “BULLSHIT”. Masakan Osama Laden boleh men-download video-video lucah itu sendiri apabila rumahnya itu diada talian telefon dan internet. Ia  diakui oleh laopran Reuters sendiri. Apa yang mereka spekulasikan adalah Osama Laden atau “carrier”nya men-download video-video lucah itu dari cybercafe dan membawanya ke rumah. Sudah tentulah Osama Laden tak akan keluar sendiri ke cybercafe tu… sebab ia umpama menempah maut. Jadi apa pilihan yang tinggal adalah “carrier” beliau yang tolong downloadkan video-video lucah itu untuk Osama Laden.

Adakah logik seorang pemimpin jihad yang berteraskan agama untuk menrecruit para mujahidin akan melakukan perkara sedemikian ? Sekiranya Osama Laden download senyap-senyap mungkin boleh diterima, tetapi jika meminta orang lain download video lucah secara terbuka begini, ia adalah mustahil. “Carrier” beliau  mestilah akan secara automatik mengetahui Osama Laden bukanya orang yang bermoral dan tak layak menjadi pemimpin mujahidin dan pasti dia tidak akan sanggup memperjudikan nyawanya untuk Osama Laden. Lagipun, berita begini akan cepat tersebar di dalam Al-Qaeda dan Osama Laden akan kehilangan kredibiliti.

Apa yang logik sekarang adalah, US sengaja mengada-adakan berita sebegini untuk melemahkan Al-Qaeda dengan menanam rasa sangsi terhadap pemimpin mereka (Osama) dan ia akan menyusahkan proses me-recruit ahli-ahli baru ke dalam Al-Qaeda. Begitu kotor sekali permainan US, tetapi aku ragui keberkesanan taktik mereka ini. Apa yang pasti, para non-muslim sekarang mempunyai “peluru” baru untuk menghina Islam.

May 13

Reformasi blog HilmiNgah.com

Jam sekarang menunjukkan pukul 4:05 petang. Kejap lagi dah kena keluar ambil wife yang tercinta kat Komtar, tapi sebelum itu, aku nak merepek sikit di sini. Sejak aku setup hilmingah.com, aku terfikir-fikir sama ada aku mahu meneruskan gaya penulisan aku yang boring ini atau tidak. Kebanyakan masa, aku cuba play safe, dan tak bercakap perkara-perkara politik, pasal kerja, pasal kegiatan  harian dan fikrah aku yang kontroversi  agar tak terluka mana-mana hati yang membaca. Tapi malangnya, itu menyebabkan blog aku menjadi kosong, dan hanya diisi dengan sampah sarap yang tak ada orang mahu baca (termasuklah diri aku). Jadi, aku rasa, sempena meraikan blog baru aku ini, aku nak buat reformasi kandungan blog ini kepada perkara yang lebih kontroversi, lebih tajam, lebih membuka pekung di dada dan lebih seram. Selain itu, aku juga hendak mengerapkan (betul ke perkataan ni?) lagi update blog ini kepada 1 entri/minggu (less restriction should be translated to more things to write, right?).

Entri blog ini pun aku akan limitkan kepada Bahasa Malaysia rojak dan berkitar dengan perkara yang berkaintan dengan isu tempatan. Satu lagi blog (dirahsiakan buat masa ini), aku akan isi dengan perkara berkenaan investment/idea/tutorial yang berasaskan ekonomi global dan dalam Bahasa Inggeris. Setidak-tidaknya, penulisan Bahasa Melayu dan Inggeris aku tak berkarat… Jadi nantikanlah sebuah kelahiran semula blog yang lebih menyayat hati mulai minggu depan.

May 07

My Friendster blog dead. HilmiNgah.com now resurrected

Hi Friends… As what we know, friendster will close down and delete all our photo, testimonial, message and blog. So, i forced to transfer everything to hilmingah.com. So, feel free to visit hilmingah.com for any news, photo etc and you could give comment directly into my blog through your facebook. No login needed.

Jan 04

ORANG IKHLAS ITU TERTINDAS?

Jika kita memberi kebaikan kepada seseorang, kebaikan itu akan dibalas walaupun yang membalasnya bukan orang yang kita berikan kebaikan itu. Hakikat ini mengingatkan saya kepada satu perbualan yang berlaku sewaktu saya mengendalikan program latihan beberapa tahun lalu di sebuah organisasi.

“Saya tidak mempunyai apa-apa harapan lagi pada organisasi ini,” kata seorang kakak berterus-terang.
“Mengapa?” balas saya.
“Organisasi ini dipenuhi oleh kaki bodek dan kaki ampu. Saya terseksa bekerja secara ikhlas di sini. Tidak pernah dihargai, tidak ada ganjaran yang wajar.. Saya bukannya orang yang bermuka-muka. Tak pandai saya nak ampu-ampu orang atas, Fokus saya kepada kerja sahaja.”

Kakak itu sebenarnya adalah peserta program yang paling senior. Telah berpuluh tahun bekerja dalam organisasi tersebut. Itu adalah kali terakhir dia mengikuti program latihan.. Enam bulan lagi dia akan bersara. Kesempatan yang diberikan kepadanya dalam sesi memperkenalkan diri itu telah digunakannya sepenuhnya untuk meluahkan rasa kecewa dan marahnya sepanjang berkhidmat di situ. Sungguh, dia kecewa sekali. Siapa tidak marah, jika bekerja secara ikhlas dan gigih tetapi tidak pernah dinaikkan pangkat atau mendapat kenaikan gaji?

Sewaktu rehat, sambil minum-minum dan berbual santai saya bertanya kepadanya, “kakak punya berapa orang anak?”
Sengaja saya bertanya soal-soal “di luar kotak” agar ketegangan dalam sesi sebelumnya dapat diredakan.
“Oh ramai encik…”
“Bagaimana dengan anak-anak kakak?”

Wah, saya lihat dia begitu ceria apabila mula menceritakan tentang anak-anaknya. Boleh dikatakan semua anak-anaknya berjaya dalam profesion masing-masing. Ada yang menjadi doktor, jurutera, pensyarah dan sebagainya. Malah seorang anaknya telah menjadi hafiz.
“Kakak, boleh saya bertanya?”
“Tanyalah encik…” ujar kakak itu sambil tersenyum. Mendung di wajahnya sudah berlalu. Dia begitu teruja bila bercerita tentang anak-anaknya. Memang, semua anak-anaknya menjadi.

“Jika kakak diberi pilihan, antara anak-anak yang “menjadi” dengan naik gaji, mana yang kakak pilih?”
Belum sempat dia menjawab, saya bertanya lagi, “antara kakak naik pangkat dengan anak-anak berjaya dalam karier mereka, mana yang kakak pilih?”

Dengan cepat kakak itu menjawab, “hati ibu encik… tentulah saya pilih anak-anak saya menjadi walaupun tidak naik gaji atau dapat pangkat. Anak-anak adalah harta kita yang paling berharga!”

Saya tersenyum. Hati ibu, begitulah semestinya.
“Kakak, sebenarnya keikhlasan dan kegigihan kakak bekerja dalam organisasi ini telah mendapat ganjaran…” kata saya perlahan. Hampir berbisik.
“Maksud encik?”
“Allah telah membalas dengan ganjaran yang lebih baik dan lebih kakak lebih sukai. Bila kakak ikhlas bekerja dalam organisasi ini, Allah berikan kepada kakak anak-anak yang menjadi.”
“Tidak pernah saya terfikir begitu encik…”

“Allah Maha Berkuasa. Ada kalanya takdir dan perbuatan-Nya terlalu misteri dan rahsia untuk dijangkau oleh pemikiran kita. Tetapi yakinlah what you give, you get back. Itu hukum sunatullah dalam hubungan sesama manusia. Kebaikan yang kita buat akan kembali kepada kita. Yakinlah.”
“Walaupun bukan daripada seseorang atau sesuatu pihak yang kita berikan kebaikan itu?”
“Maksud kakak?”

“Macam ni, saya buat kebaikan kepada organisasi tempat saya bekerja, tapi Allah berikan kebaikan kepada keluarga. Pembalasan Allah bukan di tempat saya bekerja, sebaliknya diberikan dalam keluarga saya. Begitukah encik?”
“Itulah yang saya katakan tadi, takdir Allah kekadang terlalu misteri. Tetapi ketetapannya mutlak dan muktamad, siapa yang memberi kebaikan akan dibalas dengan kebaikan. Dalam istilah biasa itu dipanggil golden rule!”

Kakak itu termenung. Mungkin memikirkan pertalian dan kaitan antara apa yang berlaku dalam organisasi dengan familinya.
“Metafora atau analoginya begini. Katalah kita sedang memandu di satu jalan yang mempunyai dua atau tiga lorong. Penuh sesak. Tiba-tiba sebuah kereta yang tersalah lorong di sebelah memberi isyarat untuk masuk ke lorong kita. Kerana simpati melihat dia terkial-kial memberi isyarat, kita pun beralah, lalu memberi laluan untuk kereta itu masuk di hadapan kita…”

Saya berhenti seketika mengambil nafas sambil mencari reaksi. Saya lihat kakak itu mendengar penuh minat. Dia meneliti metafora yang saya sampaikan dengan begitu teliti.
“Kemudian kita terus memandu ke hadapan. Mungkin sejam kemudian atau setelah berpuluh-puluh kilometer, tiba-tiba kita pula yang tersalah lorong. Kita pula yang memberi lampu isyarat untuk masuk ke lorong sebelah. Soalnya logikkah kalau kita mengharapkan kereta yang kita bantu sebelumnya memberi laluan untuk kita?”

Kakak itu tersenyum dan berkata, “tak logik encik. Kereta yang kita bantu tadi entah ke mana perginya.”
“Tapi ada tak kereta lain yang simpati dan memberi laluan untuk kita?’
“Pasti ada! Insya-Allah.”
“Ya, begitulah. Padahal kereta itu tidak pernah sekali pun kita tolong. Tetapi Allahlah yang menggerakkan hati pemandunya untuk memberi laluan kepada kita.. Orang yang kita beri kebaikan, tidak ada di situ untuk membalas kebaikan kita… Tetapi Allah menggerakkan hati orang lain, yang tidak pernah merasa kebaikan kita untuk membalas kebaikan kita tadi.”

“Subhanallah!”
“Begitu dalam litar di jalan raya dan begitu jualah litar dalam kehidupan manusia. Kita buat baik kepada A, tetapi kerap kali bukan A yang membalas kebaikan kita tetapi B atau C atau D atau lain-lainnya yang membalasnya. Inilah hakikat yang berlaku dalam kehidupan ini.”
“Kita tidak boleh kecewa bila keikhlasan kita dipersiakan?” tanya kakak itu lagi. Lebih kepada satu respons minta diiyakan.

“Kakak, ikhlas sebenar tidak pinta dibalas. Tetapi Allah Maha Kaya dan Maha Pengasih, siapa yang ikhlas akan diberi ganjaran walaupun mereka tidak memintanya kerana setiap kebaikan itu akan dikembalikan kepada orang yang melakukannya. Ia umpama bola yang dibaling ke dinding, akan melantun semula kepada pembalingnya!”
“Selalunya saya dengar, orang ikhlas akan dibalas di akhirat.”
“Itulah balasan yang lebih baik dan kekal. Tetapi saya katakan tadi, Allah Maha kaya, Allah mahu dan mampu membalas keikhlasan hamba-Nya di dunia lagi.”

“Maksud encik?”
“Orang yang ikhlas akan diberi ketenangan dan kebahagiaan dalam hidup. Anak-anak yang soleh dan solehah. Isteri yang taat atau suami yang setia. Dan paling penting… hati yang sejahtera. Inilah kekayaan dan kelebihan yang lebih utama daripada pangkat, gaji dan jawatan.”
“Jadi orang ikhlas akan terus ditindas, tidak dapat kenaikan pangkat atau gaji? Bukan apa, saya terfikir kenapa nasib kaki ampu dan kaki bodek lebih baik dalam organisasi. Mereka dapat naik pangkat!”

Giliran saya pula tersenyum.
“Tidak ada kebaikan yang akan kita dapat melalui jalan yang salah. Percayalah, kalau benar mereka kaki ampu dan bodek sahaja… pangkat yang mereka dapat akan menyebabkan mereka melarat. Gaji naik, tetapi ketenangan hati menurun. Ingat apa yang saya kata tadi, what you give you get back… Golden rule itu bukan untuk kebaikan sahaja, tetapi untuk kejahatan juga. Kalau kita berikan kejahatan, kejahatan itu akan kembali semula kepada kita. Kaki ampu, mungkin akan dapat anak yang pandai bermuka-muka. Kaki bodek mungkin dibalas dengan isteri yang berpura-pura!” terang saya panjang lebar.

“Jadi apa yang harus saya lakukan dengan baki masa perkhidmatan yang tinggal tidak beberapa bulan lagi ni?”
“Bekerjalah dengan gigih. Walaupun mungkin bos tidak melihatnya, tetapi Allah Maha Melihat. Bekerja itu satu ibadah. God is our “ceo”, kata orang sekarang. Insya-Allah, satu hari nanti manusia juga akan diperlihatkan oleh Allah tentang keikhlasan manusia yang lain. Jangan berhenti memberi kebaikan hanya kerana tidak dapat penghargaan…”
“Maksud encik?”

“Jangan mengharap terima kasih daripada manusia atas kebaikan yang kita buat kepadanya.”
“Kenapa?”
“Kita akan sakit jiwa!”
“Kenapa?”
“Kerana umumnya manusia tidak pandai berterima kasih. Lihatlah, kalau kepada Allah yang Maha Memberi pun manusia tidak pandai bersyukur dan berterima kasih, apalagi kepada manusia yang pemberiannya terbatas dan berkala. Sedikit sekali daripada manusia yang bersyukur,” balas saya mengulangi apa yang maktub dalam Al Quran.

“Tetapi Allah tidak berhenti memberi… “ kata kakak itu perlahan.
“Walaupun manusia tidak berterima kasih kepada-Nya. Sekalipun kepada yang derhaka dan kafir, tetapi Allah terus memberi… Justeru siapa kita yang tergamak berhenti memberi hanya kerana tidak mendapat penghargaan dan ucapan terima kasih?”
“Ah, kita terlalu ego…”

Dan itulah kesimpulan perbualan yang saya kira sangat bermakna dan besar impaknya dalam hidup saya. Saya terasa “diperingatkan” semasa memberi peringatan kerana pada hakikatnya saya juga tidak terlepas daripada lintasan hati oleh satu pertanyaan… orang ikhlas tertindas?

Sep 28

Puisi Orang Melayu

Yesterday, i have long chat my friend from US (mr alif and his wife azizah). He US citizen and reverted to Islam 15 years ago. He like Malaysia since muslim (Melayu) here so humble and respect the elders, until little kid so kind and know to salam with elders. It something that i proud to hear… and i remember a poem that exactly describe how Malay behavior.. here i paste nice poem from Uthman Awang…

Puisi Orang Melayu

Melayu itu orang yang bijaksana
Nakalnya bersulam jenaka
Budi bahasanya tidak terkira
Kurang ajarnya tetap bersantun
Bila mengampu bijak beralas tangan

Melayu itu berani jika bersalah
Kecut takut kerana benar
Janji simpan di perut
Selalu pecah di mulut
Biar mati adat
Jangan mati anak

Melayu di Tanah Semenanjung luas maknanya
Jawa itu Melayu, Bugis itu Melayu,
Banjar juga disebut Melayu,
Minangkabau memang Melayu,
Keturunan Aceh adalah Melayu,
Jakun dan Sakai asli Melayu,

Arab dan Pakistani semua Melayu,
Mamak dan Malbari serap ke Melayu,
Malah Mualaf bertakrif Melayu.

Dalam sejarahnya,
Melayu itu pengembara lautan,
Melorongkan jalur sejarah zaman,
Begitu luas daerah sempadan,
Sayangnya kini segala kehilangan.

Melayu itu kaya falsafahnya
Kias kata bidal pusaka
Akar budi bersulamkan daya
Gedung akal laut bicara

Malangnya Melayu itu kuat bersorak
Terlalu ghairah pesta temasya
Sedangkan kampung telah tergadai
Sawah sejalur tinggal sejengkal
Tanah sebidang mudah terjual

Meski telah memiliki telaga
Tangan masih memegang tali
Sedang orang mencapai timba
Berbuahlah pisang tiga kali
Melayu itu masih bermimpi
Walaupun sudah mengenal Universiti
Masih berdagang di rumah sendiri

Berkelahi cara Melayu, menikam dengan pantun,
Menyanggah dengan senyum,
Marahnya dengan diam
Merendah bukan menyembah
Meninggi bukan melonjak.

Watak Melayu menolak permusuhan
Setia dan sabar tiada sempadan
Tapi jika marah tak nampak telinga
Musuh dicari ke lubang cacing
Tak dapat tanduk telinga dijinjing
Maruah dan agama dihina jangan
Hebat amuknya tak kenal lawan

Berdamai cara Melayu indah sekali
Silatulrrahim hati yang murni
Madah diungkap sentiasa disahut
Tangan dihulur sentiasa bersambut
Luka pun tidaklah lagi berparut
Baiknya hati Melayu itu tiada terbandingan
Segala yang ada sanggup diberikan
Sehingga tercipta sebuah kiasan
“Dagang lalu nasi ditanakkan,
Suami pulang lapar tak makan,
Kera di hutan disusukan,
Anak di pangkuan mati kebuluran.”

Bagaimanakah Melayu
Di abad dua puluh Satu
Masihkah tunduk tersipu-sipu ?
Jangan takut melanggar pantang
Jika pantang menghalang kemajuan

Jangan segan menentang larangan
Jika yakin kepada kebenaran
Jangan malu mengucapkan keyakinan
Jika percaya kepada keadilan

Jadilah bangsa yang bijaksana
Memegang tali memegang timba
Memiliki ekonomi mencipta budaya
Menjadi tuan di negara merdeka.

Hasil Nukilan :
Dato’ Dr. Usman Awang

Sep 24

Fakta Kejutan : Apa jawatan yang bergaji RM500,000/setahun di Malaysia

Semalam, aku cerita pasal orang UK yang gajinya RM500,000, tetapi lagi sengkek dari orang yang gajiya jauh lebih kecil. Hari ni aku nak carita pasal apa jawatan yang boleh bagi RM500,000/setahun yang sangat tahu sebab aku kenal dia dari umur aku 1 saat. Aku tak pernah ceritakan benda ini kepada sesiapa lagi… so pembaca blog/facebook aku adalah orang pertama di dunia yang aku caritakan. Di sini, aku perkenalkan Pak Long aku (Mohamad Embong) untuk menceritakan, macam mana dia boleh mendapat gaji RM500,000/setahun.

(Dari Berita Harian)

FAKTA NOMBOR: Projek tanaman tembikai

12 hektar – Luas ladang

300 tan – Hasil tuaian setiap musim

RM200,000 – Hasil jualan tuaian semusim

RM500,000 – Pendapatan setahun

PERMAISURI: Sentiasa bersungguh dan tidak mudah menyerah kalah menjadi kunci kejayaan kepada warga emas, Mohamad Embong, 64, di Kampung Telaga Papan, di sini yang mampu memperoleh pendapatan mencecah hampir RM500,000 setahun.

Projek tanaman tembikai di kawasan seluas kira-kira 12 hektar yang diusahakan sejak Januari lalu kini berupaya mengeluarkan kira-kira 300 tan tembikai dengan purata pengeluaran kira-kira 25 tan bagi setiap hektar tanah yang diusahakan.

Dengan purata pendapatan sekitar RM150,000 hingga RM200,000 bagi setiap musim tuaian, tidak hairan pendapatannya mampu mencecah setengah juta ringgit setahun dengan tiga kali pusingan tanaman.

“Saya sudah berpengalaman lebih 30 tahun dalam aktiviti pertanian dan sudah bermacam jenis tanaman dan sayuran yang pernah saya usahakan.

“Antaranya petola, cili merah dan kacang panjang, malah saya pernah mengalami kerugian mencecah puluhan ribu ringgit tetapi ia sedikit pun tidak mematahkan semangat saya untuk meneruskan usaha ini,” katanya ketika ditemui di ladang miliknya di sini, semalam.

Dalam memaksimumkan hasil pengeluaran, Mohamad turut menanam tanaman lain selain tembikai yang hasil jualannya nanti akan digunakan bagi menampung kos lain seperti baja dan racun perosak.

Katanya, dia menerima bantuan modal hampir RM30,000 dari Jabatan Pertanian dan bantuan baja serta teknikal dari Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) yang serta modal sendiri sebanyak RM50,000 yang jumlah keseluruhan mencecah hampir RM280,000.

“Kini tanaman yang diusahakan sudah mampu dituai dan sebahagian besar hasil adalah untuk pasaran Kelantan dan Terengganu,” katanya.

Mohamad berkata, kejayaannya dalam sektor pertanian adalah didorong dan yang berpegang kepada prinsip `4K2T’ iaitu keyakinan, kemahuan, kesungguhan, kesempurnaan, tapak yang betul serta teknologi.

Dalam memastikan berjaya, Mohamad turut dibantu dua anak lelakinya iaitu Zamzuri, 28 dan Saiful, 25 yang mempunyai kemahiran dan pengalaman dalam mengendalikan jentera dan peralatan pertanian.

“Kesemua faktor itu perlu selari dan mesti ada bagi memastikan apa yang kita lakukan mencapai kejayaan.

“Satu lagi perkara penting adalah menjadikan kegagalan sebagai perkara yang luar biasa dan panduan untuk menjadikan kita lebih berjaya,” katanya.

Sementara itu, Pengarah LPP negeri, Rosli Harun, berkata pihaknya akan cuba mengetengahkan kejayaan Mohamad untuk dijadikan mentor kepada peladang dan petani yang di bawah naungan LPP untuk dijadikan motivasi supaya mereka lebih berjaya dan mampu berdaya saing.

“Pengalaman, kemahiran serta semangat Mohamad yang bergelumang dalam sektor pertanian sejak puluhan tahun sehingga sekarang boleh dijadikan pengalaman untuk mereka mengikut jejak langkah kejayaannya,” katanya.

FAKTA NOMBOR: Projek tanaman tembikai

12 hektar – Luas ladang

300 tan – Hasil tuaian setiap musim

RM200,000 – Hasil jualan tuaian semusim

RM500,000 – Pendapatan setahun

Sep 23

Dari artikel : Gaji RM500,000 setahun, tapi lagi tak cukup duit dari orang gaji rendah.

Menarik betul artikel di bawah ni. Aku sememangnya bertahun-tahun berpegang pada gaji besar bukannya bermakna banyak duit, tapi tak sangka ada artikel yang directly berpihak kepada pendapat aku. Selalunya orang kaitkan gaji besar tak bahagia… tapi artikel ini berkenaan orang gaji besar, lebih sikit duit dari gaji kecil. Renungkanlah…

The perils of earning a £100,000 salary

By Jon Kelly BBC News Magazine

It has become the benchmark for a generous salary. So why do its recipients complain that earning £100,000 a year is an expensive business?

In those idle daydreams about the perfect job, that fantasy promotion, it is a wage that – for the overwhelming majority of us – will do very nicely indeed.

An annual income of £100,000 is enough to put a recipient comfortably within the top 2% of all earners, and the figure has become a key indicator that the recipient is a high-flier.

The BBC’s Panorama survey of the best-remunerated public servants took £100,000 as its yardstick – and it found that some 38,045 state employees take home that amount or more each year. Going by official figures, that leaves about 545,000 privately employed people earning £100,000 or more per year.

It is a sum that puts one within touching distance of the prime minister’s earning power – David Cameron having taken a 5% pay cut upon assuming office, bringing his salary to £142,500.

But what is it actually like to earn such an amount – generous beyond the imagination of most Britons, more than sufficient to guarantee a comfortable lifestyle, yet scarcely enough on which to fund an early retirement?

One of those who knows, and found the experience wanting, is Geraint Anderson, 38, who was earning a base salary of £120,000 and a bonus of £500,000 by the time he left investment banking after 12 years in the City.

Anderson, who documented how he became disillusioned with his lifestyle in an anonymous newspaper column and his book Cityboy: Beer and Loathing in the Square Mile, indulged in many of the cliches for which the sector has become notorious.

But he says earning such figures skews one’s expectations of what is a normal lifestyle, and ultimately robs high earners of the freedom they believe money will bring.

“It’s like a gilded cage,” he says.

“They earn huge amounts but they have the massive mortgage, they have the high-maintenance trophy wife, they have the kids at Harrow – then they wake up on their 50th birthday and think, “What a waste of a life”.

“They get into this culture where their worth is valued by how much they earn, so they work ridiculous hours. I’d rather earn £25,000, have the kids at a local school and not owe anyone anything.”

Given that in 2009 median gross annual earnings for full-time employees was £21,320, few Britons will have much sympathy for those earning almost five times as much.

Yet while most of us can only imagine the bigger house, extra holidays and prudent savings that £100,000-a-year could allow, the reality of human nature is that earning more doesn’t make us any more likely to live within our means.

Jasmine Birtles, personal finance expert and editor of moneymagpie.com, warns that, if anything, extra income is just as likely to leave us with less disposable income.

“The problem in this country is that we are very bad at budgeting because we don’t plan ahead,” she says.

“We have that whole suburban mentality of keeping up with the Joneses – moving into a new area, paying the big school fees but being six months behind with the mortgage. Earning £100,000 a year isn’t going to change that.”

Indeed, the cost of living in some parts of the country means that the sum is barely enough to fund a loan to purchase a family home. According the Rightmove House Price Index for September 2010, the average home in London costs almost four times this high-rolling salary – £399,019. Of course, for dual-income families where one partner is on £100k the housing market starts to look less daunting.

Perhaps we should not be surprised, then, that a recent survey by the website lovemoney.com found that Britons who earned £50,000 a year were happiest.

But one top earner who will not be giving up his salary any time soon is Dr Peter Holden, 55, a general practitioner based in Matlock, Derbyshire.

Entitled to a salary of £106,000, Dr Holden – who was part of the British Medical Association team which negotiated GPs’ remuneration package – insists he is worth every penny.

“I have a house worth £400,000, I drive a five-year-old Audi and my son goes to the local comprehensive school,” he says. “My wife was complaining last night that we haven’t gone out for nine months.

“I work a 60-to-62-hour week and I didn’t earn a penny until I was 25. There have to be incentives or people just wouldn’t do this job.”

Whether he is right or not is for readers to decide. What remains uncontested is the old cliche about money not being able to buy happiness.

Older posts «