«

»

Nov 06

Aku dan Master

Selepas 2 tahun mencuba… akhirnya aku berjaya menegarkan hati, mengikat jantung memperkasakan tangan untuk menulis dan menghantar abstrak master aku kepada lecturer di USM semalam. Sudah 2 tahun aku cuba menghantar cadangan-cadangan tajuk tesis kepada Intel untuk mendapatkan scholarship tetapi malangnya ia seperti menjerit terlolong di Gurun Sahara. Tiada respon. dan tiada tindakan susulan. Satu-satunya jawapan yang aku dapat untuk salah satu cadangan tesis aku adalah “its is Intel Top Secret”. Apakebendanya…. Abis yang diorang suruh aku cari tajuk yang berkaitan terus dengan kerja aku di Intel buat apa? Dah memang nature of job aku handle benda-benda Top Secret… mana leh lari lagi. Lagi pun, tajuk tu bukannya memerlukan Top Secret document pun… just perlukan Intel Top Secret tools je… kan aku leh panggil lecturer datang ke Intel untuk presentation nanti. Bukannya x ada orang lain buat camtu sebelum ni… Andai kata aku dah berjaya sambung master dulu… mesti sekarang aku dah ada segulung lagi ijazah di tangan… atau pun at least sedang tulis tesis. What the waste….

Since keadaan ekonomi aku sekarang lebih baik dari 2 tahun lepas… dan selepas berbincang dengan wife tercinta, akhirnya aku membuat keputusan untuk self sponsor master aku dalam bidang penyelidikan secara part-time. Next step adalah lecturer mana yang nak aku approach.. dan aku nak buat tajuk apa… atau dalam pengkhususan bidang mana. 2 tahun lepas… aku restricted kepada Intel related scope sahaja… tetapi sekarang, aku ada beribu-ribu pilihan, sampai rambang mata aku dibuatnya sebab aku berminat dalam hampir semua bidang… AI, compiler design, FPGA, micro-electronic, robotik, dll.

Namun, masa telah mematangkan aku. Aku sekarang lebih fokus dan lebih berdisiplin dalam membuat justifikasi. Setelah merangka plan jangka-panjang Hilmi ke-5, aku membuat keputusan untuk menceburi atau mendalami bidang Industrial Automation dan abstrak tesis aku yang pertama directly menjurus dalam bidang itu. Calon-calon lecturer yang aku pilih juga, semuanya mempunyai kemahiran dalam bidang Industrial Automation. Untuk pengetahuan semua… Industrial Automation bukanlah bidang favourite aku… tetapi aku ada alasan aku sendiri untuk mendalaminya. Sila rujuk kepada Pelan Jangka-Panjang Hilmi ke-5 (memang korang x boleh baca – Protected) untuk makluman lanjut.

Sudah menjadi lumrah kebiasaan aku untuk mencari tajuk yang susah… dan biasanya memerlukan kepakaran dalam beberapa bidang untuk melengkapkan kajian itu (sila rujuk tajuk-tajuk tesis yang telah dihantar kepada Intel), tetapi kali ini buat pertama kalinya aku propose tajuk yang lebih banyak implementation dan aku dah nampak A-Z macam mana untuk melaksanakannya. Alasannya senang sahaja… sebab aku nak habiskan master aku secepat mungkin dan ambik PHD secepat mungkin untuk merealisasikan Pelan Jangka-Panjang Hilmi ke-6.

Akhir kata… aku harap ada lecturer yang sanggup terima aku dan terima tajuk tesis yang aku cadangkan dan setuju dengan cadangan aku untuk memulakan kajian lebih awal (x perlu tunggu aku pulang ke Malaysia). Amin….

Comments

  1. AlanMN says:

    ada high demand utk supplier produk indestrial automation, terutamanya kilang2. last year aje aku dpt 2 offer dari utk develop automated tolerance check system, atau bahasa mudahnya sistem nk check “wayar2 komponen bengkok ke tidak” hehehe.

    tapi offer je la, xsempat nk buat.

  2. comflash2 says:

    Alan.. kalau ada apa-apa projek yg spillover from your plate bagitau la aku. Mana tahu aku tengah idle, leh amik projek tu.

  3. welcome to the club hilmi!!
    but you have to remember this, another degree is not a license for you to ‘use’ other people that is lower than you ha ha ha..lebih2 lagi ko ader tendency nak jadi mcm En Z kesayangan ko ha ha ha ha