«

»

Apr 17

Am I Dying ???

Dah 3 minggu.. suhu badan aku meningkat secara mendadak apabila menjelang petang dan aku terasa sejuk sangat-sangat sampai menggigil. Keadaan ini berterusan sampai ke sekitar pukul 10-11 malam, sebelum kembali pulih seperti tak ada apa-apa yang berlaku. Hari-hari aku duk telan panadol, tapi tak baik-baik juga. Yang peliknya, hanya petang (dlm 5-6pm) je aku start sakit. Kalau pagi, aku memang sihat wal-afiat, mcm tak pernah sakit langsung. Tu yang aku duk gi kerja jugak. Tang selera makan, memang merudum langsung, sampai bini aku bising-bising sebab makanan yang dia masak selalu kena buang. Aku paham perasaan dia… ye laaa, dia penat-penat masak tapi aku tak makan, mana la dia tak terasa hati. Tapi nak buat mcm mana.. aku memang xder selera. Setakat jamah sesudu dua, boleh laa.