«

»

Jul 06

Another mission impossible project for NovaSmart

Hidup ini tak begitu indah

Sepanjang mengelibatanku dalam dunia perniagaan yang serba mencabar ini, pelbagai cabaran telah aku ceburi. Ada di antaranya yang aku klasifikasikan sebagai cabaran yang hampir mustahil untuk dilasanakan dek kerana komplexiti dan skalanya yang besar (untuk kompeni kecil mcm aku). Alhamdulillah, banyak juga cabaran-cabaran ini yang berjaya aku tempuhi dengan berjayanya, tetapi malangnya semuanya tidak memberikan pulangan yang berbaloi,

Membuat perniagaan teknikal di Malaysia ini sememanngya tidak di hargai di Malaysia, baik kerajaan mahupun swasta. Mereka lebih gemar memberikan projek kepada supplier yang membeli peralatan dari luar negara dan hanya bertanggungjawab memasangnya sahaja. Nilai projeknya pula bukanlah kecil dan mencecah jutaan ringgit. Syarikat Malaysia yang betul-betul membuat R&D masih kalah kepada mereka ini walaupun terpaksa membida pada harga yang paling rendah. Ini kerana syarikat seperti aku ini mempunyai margin yang lebih kecil dan tak mempunyai wang yang banyak untuk “menyuap” pegawai-pegawai tinggi yang bertanggungjawab memilih tender. Spesifikasi tender dan tender terbuka hanyalah topeng semata-mata… yang menang tender adalah mereka yang menawarkan kadar “suapan” yang paling tinggi…

Walaupun begitu, bukanlah aku tak pernah mendapat projek berprofil tinggi…. tetapi aku hanya menjadi sub of sub of sub kontrator. Dengan kata lain, alibaba di alibabakan dan dialibabakan. Namun, aku berbangga dengan kemampuan aku. Aku pernah menyiapkan projek yang tidak berjaya di siapkan oleh ~10 buah syarikat profesional kerana cabaran teknikal yang kompleks, dan reliability designku berjaya mengatasi design asal dari overseas, tetapi pulangannya hanya beberapa ribu ringgit. Sungguh tak berbaloi.

Mungkin ada yang pelik, mengapa aku sanggup buat kerja yang susah, tetapi pulangannya kecil. Actually, aku bukannya sebodoh itu, tetapi banyak orang yang ambil kesempatan atas syarikat kecil macam aku. Yang aku dapat beberapa ribu tu sebenarnya dijanjikan puluhan hingga ratusan ribu, tetapi apabila projek siap, payment semua sangkut. Collaboration, profit sharing etc semuanya tak pernah aku dapat walau satu sen pun.

Aku memang akui kelemahan aku dalam tipu daya bisness yang dasyat. Aku terlalu baik hati, dan terlampau senang percayakan orang. Aku lupa, kerana duit, kawan boleh menjadi lawan. Pahit maung dunia bisness sudah banyak aku rasai, tetapi manisnya masih jauh dari jangkauan.

Namun, aku bukanlah senang berputus asa. Andainya aku retreat sekarang, aku tak akan berjaya selama-lamanya. Sebab itulah, aku terima another impossible job, dengan harapan pulangannya nanti seperti yang dijanjikan. Aku akan gunakan pengalaman pahit sebelum ini sebagai pengajaran. Aku tahu, aku masih lagi mentah dalam tipu daya bisness, tapi andainya aku tak mencuba, aku dan akan dapat belajar dari kesilapan.

Projek baru aku ini, memerlukan aku race against time. Andai aku terlewat, pulangannya 0. Andai aku berjaya, pulangannya cukup untuk buatkan aku aktif semula dalan dunia perniagaan selepas berehat panjang (3 tahun). The monetary gain not so significant, but contacts, network and reputation worth of risk. Competitor kali ini adalah multimilionaire company dengan puluhan programmer profesional dan dah mulakan projek at least 6 month ahead. Aku, single-man-show company dengan hanya berbekalkan pengalaman (black and white :) ) dan puluhan koleksi hasil kerja aku yang dulu ,dengan muka tak malunya menerima cabaran misi mustahil ini… ha ha ha.

Clock already ticking…. its time to start my work.

Comments

  1. syazani says:

    All the best hilmi.. insyaAllah aku doakan semoga impian ko menjadi kenyataan.. Ameen

    Besa ler tu.. dlm dunia biznes ni, org yg reti buat keje slalunyer jd kedi jer (kedi referring to golf caddy).. tp motivasi ko btul.. suap dpt pulangan cepat, tp terhenti kt situ sahaja, unless further suapan diberi.. harian mcm tu, byg camne nanti jd darah daging kite pulak~

    tp kalo foundation dh kukuh, connection dh established, reputation dh acknowledged, pulangan akan rolling ke ko nanti insyaAllah.. Sebab Allahpon dh pesan, yg mencari ilmu pasti akan mendapat habuannya, meskipn yg mencari itu Zionis..

    You already have the right motivation, insyaAllah you will succeed even further :-)