«

»

Sep 15

End of my 4 years “NO TV” policy (sad)

Apa? Takder TV? apsal tak beli TV bukannya mahal pun

Apa laaa… dah kerja bagus pun tak nak beli TV. Macam orang tak belajar tinggi je

Outdated betul ko ni. Mana ada orang takder TV kat rumah sekarang ni

Perrrgghh.. macam tak percaya ada orang yang tak ada TV zaman ni

Laki ko tu alim sangat ke sampai tak nak TV?

Kalau tak ada TV… perkembangan minda budak-budak tak terbuka..

Apokono ko ni jang?  Buang tebiat ko?

Itu adalah sebahagian kecil respon orang, apabila tau rumah aku tak ada TV!!! Semua kawan-kawan rapt aku, memang tau rumah aku memang tak ada TV. Bukannya tak ada duit… tapi aku ada polisi dan misi untuk mentiadakan TV dalam hidup aku. Aku akan bagi reason kemudian nanti…

Hidup tanpa TV ni adalah salah satu impian aku sejak dulu. Aku bukannya bencikan TV, malah aku sangat-sangat sukakan TV. Kalo tak caya.. tengok la kalo aku duduk depan TV (kat umah orang)… memang tak bergerak-gerak dah. Dan disebabkan aku terlalu sukakan TV lah… aku membuat keputusan aku tak nak ada TV kalau aku ada rumah aku sendiri nanti.

Namun… hidup tak begitu indah. Apabila berumah tangga… bukan hati kita je yang kena jaga. Aku pun kena jaga hati ramai orang… termasuklah orang yang paling dekat dengan aku, iaitu isteriku yang tercinta. Masa mula-mula kawin dulu… aku cuba menanamkan reasoning mengapa kita (kami) tak perlukan TV. Ada beratus-ratus study menunjukkan keburukan TV, terutamanya dalam “quality time” bersama keluarga dan anak-anak. Malangnya… semua ini tak dapat diselami sepenuhnya oleh isteriku.

Memang aku tahu, memang sukar nk tukar gaya hidup. Tapi aku sememangnya suka cabar benda-benda yang aku klasifikasikan sebagai orthodox way/approach. TV sebenarnya HANYALAH kehendak… dan bukannya keperluan. Ramai yg kata tanpa TV, kita x blh up to date dengan perkembangan semasa. Tapi sudah 4 tahun aku buktikan yang kata-kata itu adalah salah. Malah aku boleh buktikan yang aku mendapat maklumat jauh lebih cepat… walaupun tanpa TV. Caranya adalah INTERNET. Aku membaca 7-8 news web setiap hari dan breakthrough research-research baru yang tak akan tercatat dalam berita tempatan, sama ada surat khabar ataupun TV.

Alhamdulillah… selama 4 tahun, aku berupaya mempertahankan polisi ini, walaupun mendapat dugaan hebat dari orang disekeliling, keluarga dan juga isteri. Sebabnya… aku yang control kewangan. Jadi, kalau tak ada budget dari aku… TV pun tak akan terbeli.

Tetapi… sejak isteriku bekerja, dia sudah ada sumber kewangan sendiri. Oleh itu… kuasa mendesaknya jauh lebih padu dari dahulu. Sudah beratus-ratus kali kami bertelagah berkenaan subjek ini, sehinggakan dia mahu menggunakan VETO nya; duit isteri adalah hak mutlak isteri dan isteri boleh beli apa yang dia suka dan aku terpaksa mengugut untuk menggunakan VETO aku; suami berkuasa untuk putuskan apa yang boleh masuk ke rumah untuk mempertahankan polisi tanpa TV aku ini. Jadi, secara praktikalnya… tanpa persetujuan aku, isteri aku tak mungkin boleh membeli TV (sebab kena letak kat luar). Keadaan ini stalemate untuk beberapa bulan. Isteri aku ada duit yang cukup untuk membeli TV idamannya… tetapi dia gagal memujuk aku. Oleh kerana itu… keadaan menjadi semakin tegang dan saspen. Isteru aku semakin kuat mendesak dan memujuk dengan pelbagai cara. Antaranya:

1)  Muka masam dan beri alasan dia boring
2)  Tak bagi aku buat kerja kat komputer sebab dikatakan tak adil (sbb dia xleh tgk TV)
3) Bandingkan dengan kawan-kawan office dia (beli TV baru yg besar)
4) Tunjuk tawaran harga TV yang menarik
5) Tunjukkan TV bagus untuk budak-budak (TVIQ-Astro)

Secara amnya… aku kebal dengan segala taktik isteri aku ni. Memang aku membesar denngan sifat keras kepala… so setakat taktik psyko ni memang tak berjaya mempengaruhi aku. Tapi apa yang menyebabkan aku berubah fikiran?

Yang berjaya mengubah fikiran aku adalah sebab aku SAYANGKAN isteri dan anak-anak. Setelah berfikir dalam-dalam untuk kali ke sejuta, akhirnya aku bersetuju dengan jalan tengah. TV boleh ada, tapi terkawal apabila sampai masanya (bila budak-budak ni bersekolah). Channel pun mesti terkawal.

Dengan berat hati.. aku layankan jugak permintaan isteri aku yang satu ni untuk membuat survey best spec & price. Aku recommend TV yang murah kat tesco (tube. Harga less then RM 400), tetapi semuanya direject. Akhirnya… aku setel down dengan Panasoic VIERA LCD TV (HD-Ready) 32inch, TH-LC32x10k. Harganya RM 2099, dengan ASTRO + WALL MOUNTED BRACKET + PEMASANGAN + 3 years warranty.

Maka setelah pemasangan pada hari sabtu  lalu 12/09/2009 berakhirlah polisi tanpa TV yang hanya berjaya dipertahankan selama 4 tahun 1 bulan sahaja. Apa perasaan aku? Aku rasa aku dah kehilangan peluang untuk menjadi different compared dengan manusia biasa lain. Aku percaya… hanya didikan “luar biasa” boleh hasilkan manusia yang “luar biasa”. Aku percaya yang aku sebenarnya telah mengambil risiko yang tinggi untuk anak-anak aku menjadi leka dengan TV seperti apa yang aku alami dalam proses tumbesaran aku dahulu.