«

»

Nov 14

Ho ho ho great. Now I’m look like terrorist? (Airport Security)

Airport Security : Please follow me sir

Aku : Sure

dan aku sekeluarga pun ikut la dia ke tempat laluan khas (Paling kiri). Rasa macam VIP je. Orang sebelum dan selepas aku semuanya lalu ikut laluan lain. Aku pun buat la macam biasa… lalu ikut metal detector etc. Tapi tiba-tiba aku perasan satu benda pelik. Semua bag-bang aku diaorang¬† letak kat satu tempat khas, dan buka satu persatu. Masa datang kat US, bag-bag aku just lalu ikut x-ray je. Takder masalah pun.

Aku: Whats happen?

Airport Security : Errr.. random check sir. We need to do full inspection.

Aku (dlm hati): Aphal lak sampai barang-barang hand carry wife aku pun kena full check ? Takkan dua-dua ter-kebetulan kena random check? Atau memang tu prosedur dia?

Aku pun duk perati la apa yang dia buat. Setiap satu benda dalam bag (pen, handphone, makanan, dll), diorang akan sapu dengan kertas khas, pastu letak kat satu alat khas. Aku jenguk kat monitor tu, nampak macam graph histogram, setiap kali diaorang masukkan kertas tu dalam alat tu. Sah.. ni mesti kesan particle ni. Botol air masak kitaorag (untuk iman) diorang uji dengan kertas (macam kertas PH tuuu). Lepas satu-satu barang kitaorang cleared, sampai ke handset Nokia 6085 aku, tiba-tiba alat tu berbunyi. Aku jenguk kat monitor dia dan aku lihat perkataan ni:

“EXPLOSIVE FOUND !”

Oohhh… dammmmnnn, whats wrong with my phone ?. Dengan saspen, security tu panggil kawan dia (pangkat tinggi kot). Diorang uji 2-3 kali handset aku tu dan keputusannya tetap POSITIVE ! Dalam hati aku… Oh no! Adakah aku perlu ucapkan selamat tinggal kepada handset baru aku tu… atau pun aku yang akan diguatanamokan ? Saspen betul. Tapi aku tau, alat diorang tu mesti just check particle nitrat atau sulfur ni. Adusss… macam mana lak handset aku boleh exposed dengan particle nitrat/sulfur ni? Tiba-tiba aku teringat, masa kemas rumah pagi tadi, aku letak handset ni aku letak atas almari yang baru aku bersihkan¬† guna Fabuloso dan Clorox wipe. Arrrgggggghhh… what the mistake. Kan most bahan pencuci ada nitrat. Mati ler aku.

Pastu aku tengok mereka cakap-cakap dan bawak handset aku uji kat mesin yang lain, di sebelah kanan. Aku duk perati je… harap-harap la mesin ni tak se-sensitif mesin tadi. Bila dia letak je kertas tu kat mesin tu…. SENYAP. Ha ha haa.. yesss PASS. Nasib baik mesin ni tak sensitif sangat dan nasib baik aku just letak je handset tu kat almari yang baru dibersihkan dengan Fabuloso & Clorox wipe tu dan bukannya bersihkan handset aku yang dah berdebu dengannya. Akhirnya aku boleh amik semua barang aku melainkan Listerine yang kantoi sebab botolnya melebihi had maksimum. Aku try argue yang listerin tu tinggal ciput je (dalam 20%), dan sure tak lebih had maksimum, tapi diorang tetap berkeras yang diorang ukur melalui container/botol, dan bukannya actual isipadu liquid tu. What the stupid procedur…. tapi aku pun malas nak bising-bising dah. Asalkan aku tak diguatanamokan, dah cukup baguih.