«

»

Jul 31

Introducing My New Company and My New Life…

Hmmm.. alhamdulillah.. setelah lebih setengah tahun menyepikan diri,
akhirnya hari ini aku berjaya "kembali" ke dunia blog online.
Macam-macam yang telah berlaku dalam masa 6 bulan ini. Kini, aku sudah
berstatus MARRIED dan bakal menjadi ayah. Aku telah meninggalkan zaman
bujang aku dan kini aku sudah mulai pelayaran hidup yang lebih mencabar.

Aku masih ingat, semua kawan-kawan terkejut bila aku bagitahu yang
aku nak kahwin 11/03/2006 dan jemput mereka ke majlis. Mereka tak
sangka yang aku senyap-senyap merancang perkahwinan aku, malah ada yang
tak pernah dengar aku bercouple pun… he he he.. Memang pun aku tak
heboh-heboh kan pasal aku bercouple dan perancangan perkahwinan aku
sebab aku tak nak tanggung risiko TAK JADI selepas BERDETUM-DETUM
mencanang kat semua orang. Ini adalah antara sebab mengapa aku tak
boleh update blog ini since 80%-90% aktiviti hidup aku adalah menyusun
atur majlis perkahwinan kami. Ye laa… aku aku duk update kat blog ni,
sama la aku duk umumkan kat semua orang yang aku nk kahwin.. ye tak ?

Kisah aku bercouple hanya diketahui oleh orang-orang yang terdekat
sahaja dan aku memang tak suka nak bercinta lama-lama, banyak sangat
cabarannya. Aku mula kenal Aida nih, sejak tahun 2004, start couple
awal tahun 2005, dan kahwin awal tahun 2006. Aku bersyukur kepada tuhan kerana segala usaha aku telah dipermudahkannya. Aku masih ingat masa aku menangis-nangis telefon mak aku masa aku nak amik last final exam. Aku takut sangat aku kantoi sebab aku dah extend sampai maximum. Kalau ada apa-apa terjadi (kantoi mana2 subjek), aku kena mulakan dari kosong semula. Dalam saat genting inilah, Aida tanpa jemu memberi sokongan dan membantu aku untuk berusaha sehingga akhirnya aku berjaya. Aku masih lagi ingat, macam mana dia tolong carikan kawan-kawan dia untuk tolong ajar aku dalam subjek yang aku paling lemah (dan confident akan kantoi). Aku sangat2 hargai pertolongan dan bantuan dia. Aku rasa, tanpa kehadiran Aida dalam hidup aku, aku tentu tak akan berada dalam kedudukan sekarang. Mungkin sekarang aku masih lagi duk struggle kat mana-mana kolej universiti / kolej swasta.

Aku masih lagi ingat, tanggal 03/05/2005 (birthday aku), aku dipanggil interview di Intel Penang dan masa itu, aku memang tak idea langsung macam mana nak pergi ke Penang. Dengan bantuan Aida juga, kami sama-sama pergi explore Penang cari kilang Intel dan Aida terpaksa menunggu 4 jam dalam kereta sorang2 sepanjang aku interview (interview sampai 4 jam.. giler betul).

Aku masih ingat, masa aku berjaya dapat tawaran kerja di Intel dan kena laporkan diri pada 01/06/2005, Aida menangis sebab kami akan berjauhan. Aku sendiri tak sangka aku akan dapat berkerja di Intel, sebuah syarikat yang memang diimpikan oleh aku sejak di bangku sekolah lagi. Masa itu, aku duk sibuk isi borang nak sambung Master sebab aku rasa aku tak layak untuk berkerja kat mana-mana syarikat besar. Aku rancang nak mulakan semula hidup aku dan padam segala memory pahit semasa aku amik degree (pointer rendah beb). Tapi, sesungguhnya "manusia merancang, Allah juga merancang dan perancangan Allah lah yang lebih baik"

Dengan aku diterima bekerja di Intel, aku berjaya mengumpulkan cukup duit (simpanan + jual saham + gaji terkumpul) untuk meminang dan sekaligus melangsungkan perkahwinan aku dengan Aida dalam masa 9 bulan. Memang express giler dan memang ikat perut betul masa tu. Nasib baik Aida dan keluarganya bukannya cerewet sangat. Perkahwinan kitaorang simple je, wang hantaran RM8000 + takder bersanding + delay 3 bulan untuk majlis tempat aku. Takder fancy2 dan takder mahal2.

Biler aku dah berumah tangga ni… aku sedar yang tanggung jawab aku makin besar. Aida sekarang masih belum kerja (sebab mengandung) dan untuk menyambut orang ketiga dalam keluarga aku, aku perlu bekerja lebih keras. Selain dari ekonomi, sekarang aku mula realize betapa skill komunikasi dan pemupukan persefahaman sangat penting untuk memelihara rumah tangga agar aman damai.

Satu perkara yang aku rasa rahmat sangat bila dah berkahwin ni, adalah aku lebih fokus. Kini, aku sudah boleh menumpukan sepenuh perhatian dalam mengejar cita-cita aku. Dengan sokongan dan kata-kata semangat dari isteri yang tercinta, aku mula menyusun strategy dan business model untuk syarikat aku yang sudah lama aku impi-impikan.Akhirnya, tanggal bulan April lepas (2006) aku berjaya form satu kompeni yang aku bagi nama NovaSmartTechnology (website x fancy lagi. Takder masa buat lawa2).

Dari segi business model dan customer, aku tak boleh reveal kat sini since itu adalah rahsia kompeni aku. Tapi, apa yang aku nak bagitahu yang aku sudah mula menorak langkah menguji beberapa idea aku untuk melihat sejauh mana reaksi pasaran. Kalau ada yang positif, aku akan teruskan, kalau negatif, aku akan buat enhancement atau drop terus. Sejak ditubuhkan ni, aku dah terima beberapa jobs dan ada yang dah dapat bayaran dan ada yang dah di final stage. Tapi, semua ni tak besar, cuma cukup2 balik modal je sebab aku hanya nak dapatkan track record, bukan nak dapat untung lagi.

Aku sebenarnya bernasib baik sebab aku dah siapkan banyak projek masa aku degree dahulu, so aku dah ada initial track record dalam research dan aku dan mula bentuk beberapa business channel walaupun masih tak complete. Aku tak tahu sejauh mana kompeni aku ni akan pergi, tapi dalam business ni, aku percaya dengan satu kata-kata keramat "JUST DO IT !". Dari segi accounting, sekarang kompeni aku masih lagi dalam DAKWAT MERAH (rugi la tu namanya) since modal yang aku keluarkan untuk test market lebih besar dari income yang aku dapat, tapi insya-allah, aku yakin slow2 aku akan dapat untung.

Dalam 3-4 bulan akan datang, kompeni aku mungkin bermasalah sedikit (still RED) since aku nak invest lebih (masa dan modal) dalam mid term project (5 years ahead) aku. So, aku perlukan lebih banyak short term project ( < 1 month) untuk aku hidup. Setakat ni, aku dah hampir kehabisan projek dan aku tengah struggle nak cari projek kecik2 supaya aku boleh proceed dengan perancangan aku. Aku memang harap member-member boleh bagi simple2 projek kat aku tapi setakat ni masih belum ada since aku tak officially umumkan kpd kawan2. So, buat masa ni, aku duk iktiar buat paperwork dan iklan selain daripada direct negotiate. Doakan aku berjaya ye kawan-kawan.

Dan di sini, aku mengambil kesempatan untuk memperkenalkan kompeni aku yang pertama secara rasminya kepada kawan-kawan… NovaSmart Technology.

 

Business_card_front_2

 

Business_card_back

Comments

  1. Alan says:

    Assalamualaikum Hilmi!
    Apa jadik ngan nama ComFlash? Eheh tahniah ngan bakal anak. Dah tau jantinanya?

  2. cybotic says:

    asskum..
    lama x dngar cite ko.. nie first time aku baca blogs ko.. gudluck smoga berjaya dalam apa bidang.. OK.

  3. hmm hilmi..hehehe kalau aku ader projek utk ko nnti aku bagi kat ko…sbb pakcik aku dier selalu wat projek mega..kot2 leh bg sub con kat ko skit…nnti aku ckap kat ayah aku..tp more ke network laa..xper kan?

  4. nurHazAmi says:

    askum hilmi…
    congrate dh nk jd ayah. so life skrg dh almost complete laa kn. dh ader org yg slalu support dr blkg skrg. hopefully success dlm life. gud luck. :)

  5. syahmun says:

    Assalamualaikum warahmatullah.. mubarak!! Good Luck.. insyaAllah semoga dipermudahkan segalanya.. Kirim salam kat wife ek.. Wassalam..

  6. Balqis says:

    mi..
    omedetto @ congrates!!!
    k lah pas kak aida deliver nnt bleh tlg kau nyer bisnes.. hehhe teringat kate2 kau dlu (nnt wife kau tlg bisnes kau)…
    hikhikhik..

  7. Ascacia says:

    Assalamualaikum..pjg gak kisah new life ko tuh.n’way congrate in any ur achived.aku rasa aku slh sorang member terapat yg tahu ko couple ngan aida kan..hehe..so ko nak kawin aku tak lah terkezut sgt.ok..slmt maju jaya ngan company baru ko tu n slmt menimang chya mata yg pertama..nti soh dia panggil aku untie AS k..bye

  8. kamilah says:

    teruskan usaha murni anda.semoga ramai lagi org melayu akan berwawasan seperti anda.