«

»

May 23

Kalau 3 line = PEKIDA, apa maknanya 2 line ?

Untuk aku, 2 line bermaksud, Puteri Ivybridge ImanĀ  atau Putera Haswell Ilmi akan datang dari dimensi ke-empat untuk hidup bersama kami 9 bulan dari sekarang. Nak djadikan cerita… pagi tadi yang sunyi… tatkala embun pagi masih membasahi bumi, dan tatkala aku ralit memicit papan kekunci menyiapkan kertas kerja… tiba-tiba, isteriku datang dengan khabar berita yang mengejutkan… “ada 2 line”. Waaaaaahhhh, itulah berita paling menarik hari ini. Alhamdulillah, syukur kepada tuhan. Seperti sebelum ini, aku sambut berita ini dengan 2 perasan yang tidak dapat dipisahkan, rasa gembira dan rasa takut. Rasa gembira, kerana anak seterusnya kemungkinan besar bukan lagi akhir tahun, dan rasa takut kerana memang aku tak ada duit. Tapi aku bertawakkal kepada Allah, dan aku percaya bahawa setiap insan ada rezekinya sendiri yang tertulis. Bukanlah dalam menguasaan aku untuk memberi rezeki kepada anak-anak dan isteriku, tetapi segalanya datang daripada Allah S.W.T

Semuanya masih terlalu awal untuk dikatakan. Mengkut statisik, hanya 15% peluang sesuatu zigot untuk melepasi 1st trimester. Andainya melepasinya, entah bagaimana ia apabila dilahirkan… adakah segalanya sempurna ? Dan mengikut pengalaman dulu, Aida perlukan bed rest untuk mengelak keguguran dan aku tak nampak bagaimana ianya boleh berlaku sekarang dalam keadan dia bekerja sekarang. Sesungguhya, tiadalah kuasa upayaku untuk membuat apa-apa. Segalanya terserahlah kepada Allah S.W.T dan aku hanya mampu berdoa agar diberikannya apa yang terbaik untuk keluarga kami.

 

Comments

  1. dilarang memotong.

  2. Ina Kedaiibu says:

    wahhh…. kak Aida pun join the club? tahniah… meriah laa cucu ki n wan.. semua anak menantu(pompuan) yg dah kawin tgh pegnen skrg….

  3. Firdaus Yusoff, larangan memotong tidak pernah di ambil kira di Penang. @Ina Kedaiibu… thanks. ina dapat anak lelaki kan ? Nurul Iman Mohd Hilmi dah minta bayi perempuan dan Fahim Ilmi Mohd Hilmi pula bayi lelaki. Kena ada kembar laaa baru tak ada yang merajuk nanti.

  4. Ivybridge? Hasswell?

  5. Fiza Seri Satar, itu adalah codename processor Intel yang akan datang.

  6. tapi sedap gak nama tu utk buat nama anak :-)

  7. Ina Kedaiibu says:

    wah, kembar? jenuh la kak Aida… InsyaAllah lelaki kalau xsalah tengok… tunggu kak Karimah Ngah lak confirm boy or girl… hehe… meriah sungguh kali ni..