«

»

Dec 16

Kembali…

Hari ini adalah kali pertama aku masuk friendster selepas 3 bulan
menyepi. Kali terakhir aku masuk friendster adalah 30 September 2005
dan blog terakhir aku adalah pada 29 Ogos 2005.

Terima kasih kawan-kawan, yang menghantar banyak msg  bertanyakan
khabar aku sepanjang "kehilangan" aku dalam beberapa bulan ini.
Bukanlah aku sengaja menyepi… tapi hidup ini penuh dengan cabaran,
sehingga aku terasa penat.. terasa spt ingin menyepi seketika. Kepada
yang menghantar SMS … maaf kerana tak balas.

Dalam beberapa bulan kebelakangan ini, aku memang pasif.. seperti bukan
aku yang selalunya. Aku tak tahu mengapa.. tetapi aku tahu itu tidak
baik untuk ku. Hatta tugasku sebagai Admin AlumniQber Online jugak
terabai, sehingga bila aku jenguk balik laman web tu, semuanya seperti
MATI… tak ada lagi ahli yang aktif. Maafkan aku kawan-kawan…

Dalam tiga bulan ini, banyak peristiwa yang berlaku, dan aku akui ada
yang baik dan ada yang tidak. Masa seolah-olah berlalu begitu cepat
sehingga aku tidak sedar sudah sekian lama aku menyepi… terasa baru
sebulan aku meninggalkan UTM. Kini, aku sudah genap 6 bulan bekerja…
dan alhamdulillah aku dah berjaya dapat CONFIRMATION. Aku bersyukur
kepada tuhan dengan rahmat dan sifat pemurahnya, aku berjaya mendapat
kerja yang aku inginkan dan di CONFIRMkan lebih cepat dari yang
sepatutnya. Kadang-kadang aku selalu memarahi diriku.. betapa tuhan
berikan begitu banyak pertolongan kepadaku, tapi aku sentiasa lupa
bersyukur.. malah selalu melupakanNya dan tidak bersyukur
pemberianNya… ampunilah aku oh Tuhan.

Hari ini, adalah hari terakhir housemate aku di sini. Dia dah resign
kerana dapat tawaran TNB, jadi secara officialnya aku duduk seorang di
rumah sewa tu (duk dua orang je sblm ni) dan of course beban kewangan
akan bertambah. Tapi secara unofficialnya, ada sorang lagi (kawan
housemate) yang tinggal di rumah tu sampai bulan 1 dan akan berpindah
ke rumah lain bersama kawan-kawannya. So, bil dan sewa bulan ini masih
lagi mcm biasa tapi aku kena mula berjimat cermat untuk menampung
perbelanjaan bulan Januari nanti.

Satu lagi peristiwa yang menarik yang berlaku dalam 3 bulan
kebelakangan ini adalah aku dah dapat lesen L untuk motorsikal dan
lesen L untuk kereta sepatutnya dapat minggu depan. He he he…
akhirnya berjaya jugak aku dapatkan lesen selepas 5 tahun menunggu.. ho
ho ho (sejak kat UTM duk kata nak amik lesen ;) ) Tapi walau mcm mana
pun, motor masih takder… so kenderaan rasmi aku masih lagi kedua KAKI
yang sudah 23 tahun setia berkhidmat kepadaku dan sepasang kasut yang
dah bocor kat tapak… hu hu hu sedihnya. Itulah nasib orang miskin mcm
aku… Kadang2 apabila aku berjalan, aku rasa kesian kat diri sendiri,
terutama apabila kereta VIOS yang menjadi idaman aku memecut laju kat
sebelah aku… mcm mana laaa aku boleh berangan nak pakai kereta VIOS,
padahal motor cabuk pun aku tak mampu beli lagi. hu hu hu… dugaaannnnn

Kat rumah sewa… aku dah pasang Streamyx… so terasa HIDUP sikit,
mengubat kesunyian jiwa. Tapi kadang-kadang streamyx juga yang
menyebabkan aku sakit jiwa… iaitu bila sampai bil dan apabila hard
disk aku penuh sebab aku download anime banyak sangat. Betul la orang
kata… kebaikan itu datang bersama dengan
keburukan dan keburukan itu dtang bersama dengan kebaikan.
Bergantunglah kepada kita macam mana untuk melihatnya.
Mungkin
ada yang pelik… mengapa aku lama tak update blog, padahal aku dah ada
streamyx kat rumah. Sebenarnya, ini tidak ada kaitan dengan
availability internet, tapi disebabkan DALAMAN. Bukan kerana orang
lain… tapi kerana diri sendiri. Aku rasa benci pada diri sendiri…
dan aku tak tahu mengapa aku jadi mcm ini… tapi.. itu tidak penting.
Yang penting adalah aku tahu yang aku kena ‘kembali’ dan aku kena
‘berdiri’ semula. Semoga tuhan bersamaku… dan semoga aku sentiasa
mengingatiNya. Sesungguhnya aku ingin ‘kembali’ dan sesunguhnya aku pasti akan ‘kembali’ kepadanya… Wassalam

Comments

  1. ros says:

    Bismillahirrahmaniirahim….assalamualaikum wbt
    Hilmi….good luck…ghambatee….jaga ibadah…”hablum minallah wa hablum minnannas”..:)
    jaga ibadah..ingt Allah bebyk…
    wassalam