«

»

Feb 02

Now I’m A Father :)

Assalamualaikum aku ucapkan kepada semua pembaca blog aku ni… dan sepeti biasa, aku minta maaf sebab lama x update blog ni… dan macam biasa, alasan aku adalah sibuk. Tapi sempena azam thaipusam tahun ni.. aku berazam utk update blog ni setiap 1 minggu… atau paling lama 2 minggu. Baru lah aku boleh track sejarah hidup aku :)

Banya yang telah berubah… kalau dulu aku adalah anak dan suami, sekarang aku dh jadi seorang anak, suami dah ayah. Tanggungjawab aku dh berganda, dan cabaran hidup jugak sudah berganda. Kalau dulu… bedua, sekarang dh bertiga… kalau dulu, boleh suka hati nak pegi mana-mana, sekarang kena pikir 2-3 kali sbb nak kena bawak si budak kecik tu…

Oh ya… aku lupa nak perkenal kan si budak kecik yang aku sayang sangat ni… hehehe… nama dia adalah Puteri Nurul Iman binti Mohd Hilmi. Nurul Iman bermaksud Cahaya Keimanan (kepercayaan), melambangkan tingginya harapan dan cita ku agar suatu hari nanti dia akan menjadi seorang manusia yang solehah, diredhai Allah dan disayangi oleh semua makhluk Allah, baik di bumi mahu pun di langit.