«

»

Aug 23

Oh my U life

Alhamdulillah… hari ini akhirnya ada juga kesempatan untuk update blog. Dah dekat sebulan tak dapat update blog ni. Bukan sebab malas, tp tak cukup masa. Lifestyle aku sekarang dah berubah sikit. Dah tak sama mcm julai. Sekarang aku dah duduk rumah sewa sendiri.Tak lagi menumpang rumah muam. Aku start masuk rumah ni pada 1 ogos baru-baru ni. Housemate dengan fifi, budak satu course. Hehehe korang jangan keliru plak… fifi tu lelaki tau. Entah mengapa… kalo aku sebut housemate aku fifi… ramai ingat fifi tu pompuan. Tu nama utk feminin ke haa??? aku tak pulak rasa camtu. Bagi aku maskulin apa ;)

Sejak duduk serumah dengan fifi, aku pegi dan balik dari keje menumpang kereta dia. Lagi pun dia sama tempat keje dengan aku… so senang sikit laaa. Takde la nak menyusahkan dia sangat. Tapi oleh kerana fifi ni orang baru, so dia takder keje sangat kat pejabat. Jadi, dia selalu balik awal. Pukul 5.30 mesti dah nak balik. So, aku pun kene balik jugak laa… itu lah yang menyebabkan aku tak sempat nak update blog ni. Masa duduk dengan muam dulu… kadang-kadang pukul 12 mlm baru balik. So, banyak masa untuk tulis blog.

Tapi hari ni lain sikit… sebab aku dah pasang telephone kat rumah. Boleh pakai dial up. Sebab dah biasa dengan internet yang laju, dial up ni rasa slow sangat-sangat. Sampai boleh naik tensen dibuatnya. Nasib baik kompeni yang bayar… kalo tak, tak nak aku pakai dial up. Aku sebenarnya dah order streamyx, tapi sebab line telephone diorang lambat pasang, so, lambat sikit laaa.

Semenjak dua menjak ni… aku sangat sibuk kat pejabat. Projek bermasalah… so aku terpaksa la strugle nak siapkan. Aku pun tak tau apa masalahnya… dah buntu. Tu kadang-kadang rasa fedap. Tapi bila ingat kat kuarga… aku tau aku kena kuatkan semangat. Sikit je tu lagi… nanti setel la tu (pujuk diri sendiri).

28 ogos (ahad) ni, aku konvo. Tapi malangnya aku tak boleh pergi. Kecewa betul dengan UTM… hantar surat lewat sangat. Dah la aku minta tunda tahun depan tak bagi. Aku tak isi pun borang nak grad bulan 8 ni… memandai je diorang nak paksa aku grad. Kut ye pun… bagitau la awal-awal. Takder la aku kelam kabut. Ni.. nak amik cuti pun tak dapat. Kalau ikutkan hati… sememangnya aku rasa nak pergi. Ye laaa… mungkin sekali seumur hidup je. Tapi nampaknya memang ditakdirkan aku tak dapat konvo. Aku masih ingat waktu mula-mula aku nak daftar kat UTM dulu… masa tu, 1st time datang ke johor… bila dah nampak bumbung majid UTM, aku berdoa dalam hati, agar aku akan berjaya bawa pulang segulung ijazah. Sebab itu lah masa awal-awal masuk UTM, aku study kuat jugak. sampai la beberapa minggu sebelum final tahun 2 sem 1, semua nota dan bag aku hilang. Kecewa betul aku… banyak nota dan latihan aku kat dalam tu. Dan oleh kerana dah dekat final sangat, kawan-kawan pun keberatan nak pinjamkan nota untuk aku photostat. Ye laa… masa-masa camtu, memang amat terasa "MASA ITU EMAS". Lagi pun, dekat-dekat final la kedai photostat tak cukup tangan. So, kalau nk fotokopi nota.. lebih lebih lagi cam kes aku, mesti byk nak di fotokopi, so kene tinggalkan 1 hari. Sape yang sanggup nak bagi pinjam kan? So, aku hanya berjaya fotokopy 1-2 subjek je dari kawan-kawan. Mula-mula aku cuba-cuba jugak tumpang study note kawan-kawan, tapi diorang macam tak suka sangat. Ye laa… aku ni lambat sikit pikapnya. Dah la itu nota diorang, so diorang la dapat priority. So, akhirnya, aku cuma study bila diorang dah tido. Dan.. bila final, aku memang tak bersedia. Keputusannya… aku kantoi. Banyak subjek yang aku bajet boleh dapat A, aku lulus cukup makan je. Kecewa betul, tapi apa nak buat. Bila keluar result, kawan-kawan semua score 3.0 ke atas… aku je bawah 3. rasa rendah diri betul. Dan sejak hari itu, aku mula malas balik belajar dan berkawan dengan budak-budak bukan forecast (yang pun malas belajar cam aku). Itulah start zaman kejatuhan akademik aku. Memang aku akui… itu salah aku. Aku tak boleh nak salahkan sesiapa… bodohnya aku masa tu.

Bila aku terjaga dari lamunan… segala-galanya dah terlambat. Masa tu, aku dah tahun 4. pointer aku… sikit lagi nak kene tendang… iaitu 2.10. Kawan-kawan setaraf dengan pointer aku, ada yang dah kene tendang dan ada yang tukar diploma. Masa tu… aku memang dalam tekanan. Aku rasa nak quit UTM. Aku mengadu kat UMI, dan umi jawab dengan satu jawapan.. "Dulu.. umi suruh ambil medic, berkeras nak amik computer engineering jugak. Sekarang, bila susah tanggung la sendiri. Kalau ambil medic, boleh la abang dan kakak tolong…" .. adus bisa sungguh. Memang menikam kalbu. Memang benar, aku yang berkeras nak ambil computer engineering. Siap tak nak ambil matrik, sebab nak ambil diploma supaya confirm dapat computer engineering (kat matrik, diorang yang bagi).. dan sebelum aku dapat tahu kat UTM ada computer engineering (satu-satunya U tempatan yang ada course ni pada masa itu), aku duk mencongak-congak nak belajar kat luar negara, walau ditentang keras oleh umi dan ayah. Pada waktu-waktu perit macam ni… aku terfikir-fikir betapa tuhan sudah berikan apa yang aku minta, tapi aku tidak menghargainya. Alangkah bodohnya aku ni…. Pada waktu-waktu ini… aku selalu berjalan tawaf UTM (lingkaran ilmu) pukul 3-4 pagi… sebab aku rasa sangat tension. Aku masih lagi menimbang-nimbang sama ada tukar ke diploma seperti beberapa kawan yang lain.. atau teruskan pengajian dengan menanggung risiko untuk ditendang. Kalau tukar ke diploma… alangkah malunya aku. Macam mana aku nak hadapi umi dan sanak saudara aku yang lain nanti… tapi kalau teruskan pengajian.. risikonya amat tinggi.

Entah macam mana… aku bertekad untuk teruskan pengajian. Biarlah kene tendang pun… asalkan aku dah berusaha. Apa yang aku buat… aku susun balik jadual kuliah dengan ambil subjek yang aku rasa aku boleh survive dahulu. Biar amik sorang pun takper… aku tak boleh ikut rentak orang lain. Tapi.. nak kata aku study hard… takder la pulak. Banyak jugak aku main-main… tapi lebih fokus dari dahulu.. So.. akhirnya aku berjaya climb pointer aku dan grad dengan 2.79. Satu pencapaian yang agak baik…  aku rasa. Memang tak setanding dengan kawan-kawan yang lain, dan terpaksa extend 2 semester dari mereka, tapi aku syukur akhirnya aku dapat tamatkan pengajian. Sebenarnya, sblm semester akhir, pointer aku dah 2.87, tapi bila kira balik, tak mungkin aku boleh capai 3.0 (salah calculate sebab ada satu subjek yang nk ambil semula, tapi dah dilupuskan), so aku tak tumpu pada akademik sangat lagi. Aku ambil masa ni untuk buat projek luar yang high profile sikit.. sebab aku tahu yang aku tak boleh compete dengan fresh graduate yang 3 point ke atas kalau aku tak dapat 3 pointer. So, aku kene cari kelebihan lain untuk aku jual apabila interview nanti. Dan apabila sampai masanya… memang aku bersungguh-sungguh highlight projek-projek aku masa interview ;) … dan mungkin sebab itu la aku dah dapat kerja sekarang.

Apabila terkenang waktu belajar dulu… aku masih ingat yang masa tu, aku selalu berangan-agan naik atas pentas amik ijazah.. pastu bergambar ramai-ramai pakai jubah.. sambil lontar topi konvo (macam masa grad kat MRSM ;) ) tapi nampaknya ia takkan berlaku pada aku untuk konvo kali ini. Mungkin sebab tu, aku agak sedih sikit apabila tak dapat hadir konvo ni. Tapi… hati ini terubat sikit sebab aku akan dapat ‘hadiah’ yang istimewa pada hari itu ;) . Konpius ???  hehehe takpe.. itu memang rahsia aku..

Comments

  1. haFIZZah says:

    ko still boleh konvo utk master&phd..
    i know u can!