«

»

Nov 27

Oh my “unborn yet” baby.. and stupid beurocrasy experience

Dah lama aku x tulis apa-apa dalam blog ini. Aku memang setiap hari nak tulis, tapi tak ada kelapangan. Hari ni, baru ada kelapangan sikit (sebab skip lunch) dan aku nak gunakan kesempatan ini untuk merekodkan sejarah hidup aku ;)

Hari ini, 28 Nov 2006 adalah "due date" untuk wife aku (Aida) melahirkan anak. Rasa sekejap je dah nak ada anak. rasa baru je kawin (ecceeh). Masa kandungan 6-7 bulan dulu, setiap kali Aida rasa sakit perut, mesti cuak dan doa-doakan baby x keluar awal. Kesian kat dia, kalau keluar awal… 50-50 je kemungkinan untuk hidup. Hampir setiap hari pulak tu Aida cam tu. Tapi alhamdulillah.. akhirnya berjaya jugak sampai 9 bulan kandungan.

Sekarang ni adalah hari-hari yang penuh suspend. Bedebar-debar dan duk tertanya-tanya.. bila la baby ni nak keluar. Kadang-kadang rasa cam kelakar… dulu sungguh-sungguh cakap kat dia… "jangan keluar dulu… tak sampai masa lagi.." tapi sekarang.. hari-hari duk cakap kat dia, "dah la tu.. dah boleh kuar dah".. he he he. Kalau ikut doktor, baby aku ni POMPUAN, tapi x tau laaa kalau bila beranak nanti tuko jadi lelaki lak. tapi aku confident 99% yang ni baby pompuan sebab dia lambat keluar. Nama pun aku dah pilih, tapi aku tak nak bagitau dulu. Tak saspen la kalau bgtau awal-awal. Bila dia dah keluar nanti, baru aku nak umumkan. Aku sebenarnya prepare 2 nama, satu yang lelaki, satu lagi yang pompuan. Mana tau… nanti kuar lelaki lak.

Dalam nak menerima cahaya mata yang pertama ni, memang banyak duit aku yang keluar. Nasib baik company aku (NovaSmart) dah start ada profit. Boleh la aku guna sikit-sikit bila terdesak. Cerita pasal kompeni ni… dengan gembiranya aku maklumkan yang akaun aku dah start BERDAKWAT HITAM (dh untung). Tapi tak banyak laaa… tapi sekurang-kurangnya profit > dari modal.

Dalam 1-2 minggu lepas yang agak malang bagi aku.. sebab aku terpaksa berdepan dengan kerenah birokrasi yang bodoh. Aku heran betul… apsal la diorang letak rule yang bodoh-bodoh ni… Kes pertama, masa aku nak bayar bil air. Untuk pengetahuan korang, aku selalu je dapat bil MERAH, sebab bil tak sampai. Hari tu, sampai 2 bulan berturut-turut dapat bil merah. Dah la tu.. bila dapat bil merah, takboleh bayar kat pejabat POS lagi, kena bayar straight kat ibu pejabat dia  di KOMTAR. Lepas bayar, bulan lepasnya dapat lagi bil merah, sebab lambat bayar. Dah bil tak sampai… nak bayo cam na. So, kali ni, aku buat komplen, kata bil x sampai. Pastu aku tanya, "bukan 3 bulan x bayar baru dpt bil merah ker ? ". Diorang jawab dengan bangga…"Tak.. ni Penang la encik, memang kitaorang cepat. Lambat dari due date je, akan sampai bil merah dan lepas seminggu diorang akan potong"… cess efektif sangat la tu. Pastu, aku bayar advance untuk sebulan. Malas  nak bayar bil next month.

Pastu, aku dapat bil putih (bil yang biasa), dengan total negative 2 ringgit (sbb bayar lebih). So, xyah la nk kena bayar bulan tu (ni citer bulan lepas). Bulan ni, sampai sekarang, bil x sampai lagi (diorang kata 14 hb patut sampai). Aku pergi la pejabat pos, bawak bil yang negative bulan lepas, nak bayar. Konon nak blindly bayar la, takut dapat surat merah lagi. Aku tunggu la… sampai giliran aku, diorang cakap, hanya boleh bayar berdasarkan nilai dalam bil. Oleh kerana nilai bil negative, Tak boleh bayar advance. Kalau nak bayar advance, kena pergi KOMTAR. Lor…  stupid rules. macam kena tunggu surat merah lg la aku nih.

Kes kedua, aku nak cashkan cek luar negara (dari keje yg aku buat) kat BCB. Aku g la ke KOMTAR sebab kat situ je BCB yang bukak hari Ahad. Sampai kat sana, bila aku tanya, diorang kata, cek luar negara hanya boleh di cashkan di cawangan yang aku bukan akaun. Lor… aku kata, aku dulu bukak kat Johor, masa aku belajar kat UTM. So, diorang suruh aku gi cash kan kat sana. Another stupid rules.

Kes ketiga, pagi ni, aku gi ke AmBank, tempat aku buat akaun semasa untuk kompeni aku. Tujuan aku, nak cashkan cek luar negara tu laaa. Bila sampai giliran aku… diorang check akaun aku, diorang kata tak boleh process sebab aku baru je bukak akaun ni 2 bulan. Minimum, aku kena cukup 6 bulan, baru boleh cashkan cek aku. Lor… another stupid rules. Dah la cek tu valid untuk 3 bulan je. Expired ler kalo nak tunggu lagi 4 bulan.

So, aku rancang nak bukak akaun MayBank la pulak. Kali ni akaun simpanan je. MayBank pun ada stupid rules jugak. Aku hanya boleh bukak di cawangan yang sama nombor poskod dengan rumah aku jek. Aku tahu ni sebab aku dah pergi ke MayBank yang paling dekat dengan rumah aku, tanya nak bukak akaun. Diorang tak bagi, sebab poskod rumah aku kat Gelugor, kena pergi MayBank Gelugor (yang 2x lagi jauh). Cess….

Aku ras sampai sini dulu. Dah sampai masa utk bekerja… nanti aku citer lagi. Ada byk lagi entry yang aku nk tulis, tapi xsempat2 lg…. ;)

Comments

  1. c i k w a n says:

    bukak hsbc laaa.. bukak povervantage akaun.. xpon bukak gradpac akaun.. bwk degree certificate.. kat mmane pon bley bukak.. bwk degree certificate kompom xbyk songel..

  2. c i k w a n says:

    uik… dah lahir blom? apsal xbgtau!