«

»

Nov 18

Ok… Lets warm up. My 2nd day at Intel Oregon

Alhamdulillah… hari ni, kabus takder. Takut gak jadi macam semalam… kabus tebal giler sampai jarak pengelihatan kurang dari 300m je. Kalau ler ada orang yang terlupa pasang lampu, mesti kena langgar. Bila pikir-pikir balik… mesti bahaya travel bila winter nanti. Jarak rumah dan Intel bukannya jauh sangat, dalam 5-6 batu je… tapi kalau kabus tebal camtu bahaya ler jugak.

Hari ni, kebanyakan kerja aku adalah study beginner document untuk test writer. Bosan sikit laaa sebab tak leh buat praktikal sebab tak dapat access lagi ker server. Aku dah request, tapi sebab nama reporting manager aku Ajai (Folsom), semua approval di hantar kat dia. Since dia tak tau apa yang aku nak buat kat Oregon ni, dia reject ler… Harap-harap esok diorang dah betulkan reporting manager aku kepada Andrew. Kalo tak rugi la aku sebab minggu depan Andrew dan nak bercuti selama seminggu. Takkan aku nak duk melangut je…

Lepas makan tengah hari tadi, Brenton ada datang cube aku, terangkan overview macam mana nak tulis test untuk IIO lynfield. Since masa kat Penang dulu, aku memang kena master tulis test dalam x86 assembly, so benda yang dia terangkan tu senang la aku nak catchup. Cuma spesifik DFTs (design for test) dan library/API dia je aku kena ingat. Best tul jadi test writer ni… dah ler bawah R&D, kerja cam releks je. 4 hari/seminggu je kena gi Intel dan lagi 1 hari work from home. Dah ler gaji masyuk giler… USD6000/month untuk new hire grade 5 (kalo ikut kata kawan aku yang dan 1 tahun kat Intel Oregon). He he he… ni yang buat hati jahat aku membuak-buak nak kena tuko kerja ni. Ye laaa… mana patut, aku kerja separuh mati kat Intel Penang sampai kadang-kadang balik pukul 1 pagi, diorang releks je balik tepat pukul 5 petang. Dah ler gaji berkali-kali ganda gaji aku. RM 21,000/bulan dan kerja lagi releks… saper tak nak kan?

Comments

  1. Ina says:

    pergh… RM 21K tu sebulan….
    Abg Mie…… bila nak belanja kami pegi honeymoon kat sana? hehehe…..

  2. Hilmi says:

    Itu gaji engineer US. Orang dari Intel Malaysia dapat gaji/elaun ciput jeee… cukup-cukup jer nak beli pampers anak, makan dan minum.