«

»

Jul 12

Perjalanan Mengutip Kenangan : Bukit Bendera – Part 1

10 Julai 2005 (Ahad)- Aku tulis blog ni untuk 10 julai (2 hari lepas), terpaksa delay sebab kat rumah tak ada internet. Boring jugak la kat umah… tapi tak ada rezeki lagi nak pasang streamyx…. Insya-Allah dalam sebulan dia lagi, aku cuba pasang.

Pulau Pinang… adalah satu nama yang mempunyai sejarah yang lama di hati aku. Tak sangka, aku akan menjejak kaki lagi di pulau mutiara ini, malah bukan lagi untuk sementara waktu saja seperti dahulu, tapi selama mana yang mungkin, yang dizinkan oleh tuhan. Dahulu.. aku datang ke sini saja-saja melancong bersama ayah dan umi + adik beradik umi. Aku kira-kira, dah dua kali aku menjejak kaki ke sini.. pertama kali pada 1985 (proton baru lancar sebab masa tu aku pakai baju proton saga waktu bertolak ke Penang-(ada gambar)) dan 1994 (lebih kurang laa).

Alhamdulillah… pada 10 julai, aku berpeluang sekali lagi berjalan-jalan melancong ke bukit bendera. Sebenarnya aku pun pergi ke Batu Feringgi dan kawasan sekitarnya, tapi aku tak nak cerita apa yang berlaku di sana… sebab masa tidak mengizinkan. Lagi pun rasanya tak ada benda menarik untuk dikongsi bersama selain permandangan pantainya yang indah dan laksa penang yang sedap :) . Tapi mengapa pula aku pilih untuk ceritakan pasal Bukit Bendera ? Tentulah ada perkara yang menarik untuk aku ceritakan sepanjang aku di sana. Untuk pengetahuan semua… aku hanya naik ke Bukit Bendera pada 1985, dan tidak pada 1994, jadi ia sangat meninggalkan kesan pada aku, sebaik sahaja aku melangkah menjejak kaki ke Bukit Bendera untuk kali kedua, yakni selepas 20 tahun.

Cerita aku ini bermula apabila aku sampai ke stesen keretapi (ada yang panggil kereta kabel) Bukit Bendera. Sebaik sahaja melihat kawasan sekitar, aku tercari-cari tempat letak kereta yang luas. Seingat aku, semasa datang ke sini pada tahun 1985 dahulu, kami park van di sebuah tempat letak kereta yang agak luas. Aku berlari-lari dengan adik aku yang setahun lebih muda daripada aku tu (adik li) di sana. Tapi sekarang, aku tidak nampak sebarang parking yang besar. Cuma di sebelah kanan tu, ada satu bangunan/apartment yang besar. Jadi aku andaikan di situlah letaknya kawasan lapang tu dulu. Aku terbayang-bayang macam mana umi pimpin tangan aku dan ayah dukung adik li menuju je kaunter tiket. Rindunya saat dahulu… sehingga aku terfikir-fikir, alangkah baiknya jika pada waktu itu (1985) kami ada videocam. Boleh jugak aku review balik kenangan-kenangan itu….

Apabila kami (Aida ada bersama) berjaya  park kereta kami terus pergi ke tempat membeli tiket. Aku dah lupa macam mana kaunter tiket tu dulu… tapi sekarang memang sudah ada bangunan yang moden. Sementara menunggu kereta api yang seterusnya, aku berjalan-jalan melilau melihat sebarang tanda yang mengingatkan aku peristiwa dahulu… tapi gagal. Yang aku ingat, hanyalah ketika dah berada di dalam keretapi dan umi letak aku di tepi tingkap lihat keretapi perlahan-lahan naik… dan pemandangan kelihatan semakin sayup. Pada masa itu, aku masih ingat, aku rasa takut dan tak berani berada dekat dengan tingkap. Cuma berdiri pegang umi dan lihat ke bawah.

Jadi, semasa kami naik kereta api, aku cuba ingat-ingat balik macam mana perasaan aku semasa kecil dulu. Walaupun kereta api agak sesak (dulu rasanya takde la sesak), tapi aku masih berkesempatan melihat keluar, lihat pemandangan yang aku rasa aku juga melihatnya suatu masa dahulu.

Ingatan aku di bukit bendera ini, walaupun banyak dah aku lupa, tetapi aku masih ingat beberapa tempat. 1st, meriam, 2nd ada satu tanah lapang yang agak luas, agak berlapis dan 3rd, bangku,tempat rehat yang umi dan ayah duduk berehat samasa aku berlari-lari dengan abang, akak dan adik li. Aku berjalan sambil mencari-cari tempat itu dan aku terus berjalan naik, sehinggalah aku sampai ke puncak. Benda pertama yang aku tertarik adalah meriam. Aku rasa sangat pasti yang itulah meriam yang aku duk main-main dahulu. Aku pun cepat-cepat naik tangga sebab nak lihat, sama ada betul-betul itu lah meriamnya.

Apabila aku sampai…. subhanallah… memang itulah meriam yang aku tercari-cari. Aku masih ingat, meriam ini menghala ke laut. Aku masih ingat, aku mengajukan pertanyaan pada abg dan umi, macam mana meriam boleh tembak orang, sebab aku tak rasa pun meriam ni boleh menembak. Macam besi kosong yang besar.. dan aku ingat lagi, abang tunjuk lubang kecil pada meriam tu (tmpat sumbu) yang dah tertutup. Abang kata… kalo kita tebuk lubang tu, barulah boleh tembak. Aku dah lupa mcm mana reaksi aku pada waktu itu. Tapi rasanya aku puas ati dengan jawapan tu.

Kemudian, aku berputar-putar di sekeliling kawasan tu, naik turun tangga (kesian Aida.. teman sama cari) cari kawasan lapang yg ada tangga dan berlapis (ada tanah tinggi sket yg ada tangga) Seingat aku, ia tak jauh daripada meriam tu.

To be continue… (muam dah call :) )