«

»

Jul 13

Perjalanan Mengutip Kenangan : Bukit Bendera – Part 2

Aku sangat pasti yang meriam itu tidak jauh dari tempat rehat umi dan ayah. Tapi di sekeliling meriam tu,tak ada tanah lapang seperti yang aku ingat. Selepas puas duk melilau di situ, aku pun terpikir yang satu satunya tmpt yang mempunyai lokasi dan keadaan paling hampir dengan ingatan aku adalah kawasan yg kini adanya kuil, tmpat mainan dan masjid (kat tempat tinggi sikit). Aku cuba perhati betul-betul permandangan di sekeliling. Dan akhirnya.. sah, memang inilah tempatnya. Dalam gambar ada tunjuk tempat rehat umi dan ayah, di belakangnya berlatar belakangkan hutan sket. So, tempat yang paling logik adalah di belakang kuil tu. Bila aku pergi jenguk kawasan tu, memang ada tempat duduk, tapi memang sudah berlainan. Dulu, tempat duduk tu, diperbuat daripada kayu… sekarang batu.

Sebenarnya.. ada 2-3 keping gambar lama di Bukit Bendera  yang masih lagi di dalam simpanan aku. Nanti kalau berkesempatan, aku akan upload di sini untuk kita berkongsi bersama. Aku masih ingat, di Bukit Bendera ni lah, aku tiba-tiba rasa tak sihat, badan rasa sejuk sangat dan aku berjalan mendapatkan umi dan baring di atas riba umi. Umi pun pelik pada masa tu, sebab sebelum tu, aku sihat je berlari-lari dengan adik aku.. duk main meriam.. duk main pasir/tanah. Tapi tak lama selepas tu, aku rasa sihat balik dan boleh bermain-main balik.

Mungkin ada diantara kawan-kawan semua yang pelik macam mana aku boleh ingat sebegitu banyak, padahal semua tu berlaku semasa aku berumur 3 tahun. Actually.. ada banyak perkara yang berlaku masa kecil yang aku boleh ingat sekarang. Aku masih ingat macam mana rasanya aku tidur atas perut umi, selepas berebut-rebut dengan adik li, hari pertama aku masuk tadika… pergi pasar dengan umi… menyanyi di tadika..  dll. Semua ini sebenarnya aku cuma boleh ingat balik selepas aku accident dengan kereta pada tahun 2003, dan kepala aku terhentak kuat (kene lenyek.. percaya tak ?). Selepas hari tu.. kadang-kadang masa duduk saja-saja, tiba-tiba akan datang satu persatu imbasan peristiwa lama, masa aku kecil-kecil dulu padahal perkara itu aku dah lama lupa. Pelik juga aku rasa… tapi inilah kenyataannya. Dan sejak itu juga aku perasan pelajaran aku pun ada peningkatan. Mungkin juga ia kebetulan, tapi aku still percaya, sikit sebanyak ia membawa kesan.. at least disebabkan aku teringat peristiwa-peristiwa semasa aku kecil-kecil dulu… aku lebih fokus dalam pelajaran. Segala sesuatu yang berlaku mesti ada hikmahnya kan? ;)