«

»

May 13

Reformasi blog HilmiNgah.com

Jam sekarang menunjukkan pukul 4:05 petang. Kejap lagi dah kena keluar ambil wife yang tercinta kat Komtar, tapi sebelum itu, aku nak merepek sikit di sini. Sejak aku setup hilmingah.com, aku terfikir-fikir sama ada aku mahu meneruskan gaya penulisan aku yang boring ini atau tidak. Kebanyakan masa, aku cuba play safe, dan tak bercakap perkara-perkara politik, pasal kerja, pasal kegiatan  harian dan fikrah aku yang kontroversi  agar tak terluka mana-mana hati yang membaca. Tapi malangnya, itu menyebabkan blog aku menjadi kosong, dan hanya diisi dengan sampah sarap yang tak ada orang mahu baca (termasuklah diri aku). Jadi, aku rasa, sempena meraikan blog baru aku ini, aku nak buat reformasi kandungan blog ini kepada perkara yang lebih kontroversi, lebih tajam, lebih membuka pekung di dada dan lebih seram. Selain itu, aku juga hendak mengerapkan (betul ke perkataan ni?) lagi update blog ini kepada 1 entri/minggu (less restriction should be translated to more things to write, right?).

Entri blog ini pun aku akan limitkan kepada Bahasa Malaysia rojak dan berkitar dengan perkara yang berkaintan dengan isu tempatan. Satu lagi blog (dirahsiakan buat masa ini), aku akan isi dengan perkara berkenaan investment/idea/tutorial yang berasaskan ekonomi global dan dalam Bahasa Inggeris. Setidak-tidaknya, penulisan Bahasa Melayu dan Inggeris aku tak berkarat… Jadi nantikanlah sebuah kelahiran semula blog yang lebih menyayat hati mulai minggu depan.