«

»

Oct 06

Selamat Tinggal Steve Jobs

Pelik, tapi benar. Aku menang tak pernah berkenan dengan produk Apple, tapi  apabila dengar berita yang Steve Jobs dah meninggal dunia, rasa sayu dan kekosongan. Steve Jobs adalah tokoh perniagaan  yang tiada tolok bandingnya dan menjadi idola aku, walaupun dari segi perwatakan dan ciri-ciri khusus, aku paling hampir dengan Steve Wozniak (another co-founder Apple) berbanding Steve Jobs kerana hanya itulah caranya untuk berjaya dalam dunia perniagaan.

Walaupun banyak berita sebelum ini yang menyatakan Steve Jobs takkan hidup lama lagi, aku masih sukar menerima kenyataan ini. Sebagai perbandingan, aku pecaya, perasaan aku ni adalah sama seperti sekiranya Tun Dr. Mahathir meninggal dunia nanti. Aku akan terasa kehilangannya dan terasa tiada lagi orang yang akan dapat menggantikanya walaupun 100 tahun lagi.

 

Selamat Tinggal Steve Jobs.

Yang Benar :

P/S : Oleh kerana aku=Steve Wozniak, aku perlukan seseorang seperti Steve Jobs untuk berjaya. Pencarianku masih belum membuahkan hasil.