«

»

Jun 30

Susah senang

Dah dua bulan tak update blog ni. Ruginya rasanya… bukannya tak nak update, tapi susah nk dapat access internet. Tadi.. bukak frenster ni, duk baca blog-blog orang lain. Jelesnya tengok blog2 yg selalu update dan berisi padat. rasa cam nak tulis camtu gak.. tapi nampaknya mcm tak berbakat. Dalam dua bulan ni… macam-macam dah berlaku. Ada yang gembira… dan ada yg sedih. Rugi betul tak boleh update blog ni dlm 2 bulan kebelakangan ni.

Sekarang, dah pukul 7:42pm, tengah bersedia nk balik rumah dr tmpt keje. Amik sket masa utk isi blok. Alhamdulillah, dlm 2 bulan ni, berita yg paling baik aku rasa adalah akhirnya dapat juga keje.Aku lapor diri pada 1 jun baru-baru ni. Aku bukannya orang yg pandai sgt… tp mungkin tuhan sudah murahkan rezeki sikit… so tak perlu menggangur lama2. Kalo baca surat khabar pasal graduan menganggur, memang menakutkan. Aku pun duk terbayang-bayang akan jadi "penanam anggur" yang berjaya. Tapi alhamdulillah… perancangan tuhan lebih baik.

Aku strugle giler masa nak abiskan degree baru-baru ni… sampai tidor pun tak lena. Aku ingat, aku akan kene tendang dari UTM dah. Dah la sem akhir (dan last sem utk xtend)… pastu, boleh fail lak subjek "Persamaan Terbitan". Nasib baik aku lepas Special Test… boleh gak aku grad. Kalo tak… mana laaa aku nak letak muka aku ni… dah la pinjaman berpuluh2 ribu nak kena bayar. Muflis laaa aku kalo Fail.

Terima kasih banyak-banyak kepada Aida yang tersayang, yang sama-sama bersusah payah memberi semangat dan tunjuk ajar pada waktu-waktu kritikal tu. Aku sebenarnya dah hampir berputus asa masa tu. Semuanya rasa kelam kabut. Banyak betul masalah timbul serentak sampai kepala aku ni blurrr… aku tak boleh nk tumpukan kepada exam.

Aku masih ingat.. aku menangis kat telefon, masa telefon umi (mak)… umi pun rasa pelik.. sebab aku tak penah-penah begitu. Aku rasa bersalah sgt kat umi kalo aku fail exam tu… dan aku rasa aku tak mungkin sanggup nak balik jumpa umi dlm keadaan begitu. Jadi.. aku kuatkan semangat.. paksa study perlahan2, walaupun sikit.

Kawan-kawan satu batch… hampir semuanya dah grad. Dah setahun pun… aku pun terpikir-pikir… mengapa aku x sepandai diorang. Aku rasa otak aku bengap sangat bila berdepan dengan soalan2 matematik. Padahal.. masa sekolah menengah.. subjek tu la feberet aku. Ntah laa… apa nak jadi dengan aku ni…

Walaupun semua ni dah berlalu… tapi, aku rasa tak terlambat untuk aku cerita dlm blog ni. Mungkin tak detail… tapi aku nak semua orang faham yang aku ni umpama "mati hidup semula". Aku sekarang mula melakar kehidupan baru, demi masa depan… dan aku tak akan ulangi kesilapan yang hampir-hampir menarik aku ke jurang yang gelap.