«

»

Apr 21

Teknik Dan Pengalaman Terperinci Bagaimana Aku Membeli Handphone Baru

Sesiapa yang rapat dengan aku mesti tahu, aku bukanlah orang yang suka berbelanja untuk membeli benda-benda yang cepat jatuh harga seperti handset dan kereta. Walaupun ianya menarik, tetapi kalau kita fikirkan long term sikit, kita akan nampak betapa ruginya "investment" kita tu. Aku lagi sanggup invest ke Public Mutual Fund dari beli benda-benda macam ni tetapi malangnya benda ini adalah satu keperluan sekarang. Suka atau tidak, kita perlu "ada" benda ini untuk hidup secara normal. Jadi, jalan pertengahan yang paling cost efisyen adalah dengan beli dan guna sampai kiok. Stop sampai sini pre-introduction, aku nak teruskan pula dengan kisah yang sebenar.

Kisah aku bermula bila aku keluar "dating" dengan wife di queensbay untuk tengok wayang; 27 Dresses last week. Ini adalah kali pertama aku tengok wayang sejak ada anak kecik sebab takut nak bawak anak aku pergi wayang sama-sama. Takut dia meraung dalam wayang :) . Tetapi sempena mengambil peluang si Nurul Iman kat rumah atuk dan nenek dia, aku pun keluar tengok wayang ngan wife aku. Nak jadikan citer, bila kuar je dari wayang, dah naik motor (sbb kete masuk workshop; accident) tiba-tiba wife aku tersedar handphone dia takder dalam poket. Aku try call, dh off atau takder line. Aku pakai Hotlink Finder, tak dapat detect pulak kat mana phone tu (cis.. akhirnya benda tak berguna dalam kecemasan). So suspect dah jatuh masa tengok wayang. Terus patah balik dan pergi tengok kat tempat duduk…. dah takder. Semua dah clear.. sampah-sampah pun dah takder. So, no hope. Mungkin orang yang sapu dah amik.

So citernyer, terpaksalah wife aku pakai handphone Nokia 3310 adik dia yang lama. Nasib baik adik dia baru tukar phone baru (Nokia 2630. Upah jaga Nurul Iman) so boleh la phone lama tu menjadi teman baik wife aku untuk telefon nurul iman kat kampung setiap sejam sementara nak beli handphone baru. Since dah lama giler tak beli handphone, aku tak tau trend terkini. Maklum lah, aku sendiri pun pakai cokia Nokia 1108 yang sudah wujud sejak zaman firaun tu.

Dan nak dijadikan citer… since aku nak gi US, aku kena pakai phone yang boleh access GSM 1900. telephone Nokia 3310 & 1108 yang kitaorang ada sekarang tak boleh support gelombang tu (leh untuk GSM 900/1800 je). Terpaksalah beli handphone baru yang agak mahal (Quad/Tri band).

So, aku allocate budget dan create kriteria phone yang patut aku beli. Lepas tu, aku pun mula la berjalan-jalan tengok model handphone yang dijual di penang ni, dan list down model dan harga, dan buat research spesifikasi kat internet untuk memastikan aku tak beli handphone yang memenuhi kriteria aku. Kriteria yang aku buat ini berdasarkan research aku kat internet untuk ciri-ciri phone modern zaman sekarang + keperluan aku.

Preferred Budget:
< RM500

Maximum Overbudget:
RM600

Wajib untuk aku
- GSM 900(Maxis/Celcom suburban)/1800(Digi/Maxis&Celcom urban)/1900(Most US carrier)
- Mesti dari  (Highest priority) Nokia/Motorola/Samsung/SonyEricsson (Lowest priority) sahaja

Wajib sebab standard untuk sekarang & next 1 years
- Kamera 1.3 Mpx
- Java MIDP 2.0
- MP3
- Slot Memory Card
- LoudSpeaker
- GPRS
- MMS
- Polyphonic
- Bluetooth

Sunat
- EDGE
- Push To Talk
- 3G (minimum kelajuan 384 kbps)
- Kamera 2 Mpx

Harus
- FM Radio
- HSDPA ( 3G kelajuan 3.6Mbps)
- LED flash
- HSCSD

Setelah buat research secara intensif, berikut adalah short listed aku denga harga terendah yang aku boleh dapat dengan menggunakan teknik menawar secara aggresif.

Nokia 6300 – RM599
Nokia 3500 – RM438
Motorola 580 – RM550
Motorola W510 – RM450 (harga muam)
Motorola Z3 – RM699 (harga muam)
Nokia 3110 – RM400
Samsung J750 -RM 540
Samsung J700- RM 600
Samsung Z230 – habis stok
Samsung J600 – tak ingat
Sony Ericsson K530i – RM495
Sony Ericsson K550i – RM588

Setelah berbincang dengan wife, dan membuat kajian dengan lebih terperinci.. berikut last listed aku.

Nokia 6300
Samsung J750
Sony Ericsson K530i

Dan aku sangat-sangat berminat dengan Samsung J750 sebab bentuk dia yang sangat lawa & canggih dan harga yang berpatutan. Hampir-hampir aku sambar handphone ni… tatapi nasib baik kedai tu charge 3% untuk kad kredit dan aku tak bawak cash. So, aku tangguh untuk beli next day. Nak jadikan cerita… sampai kat rumah, aku kaji sungguh-sungguh Samsung J750 ni dan menjumpai kelemahannya yang aku tak expect pun.

1) Selalu freeze/hang
2) Transfer melaui bluetooth "wajib" masuk ke internal memory dahulu dan internal memory dia sangat kecil (8MB). So, transfer byk file mcm mp3 memang tak boleh melalui bluetooh.
3) Tak boleh assign MP3 sebagai ringtone (WTH !!)

dan bila aku kat office semua kawan-kawan yang pernah pakai Samsung kondem Samsung sebab cepat rosak. So, immediately Samsung J750 dan semua jenis Samsung model lain out of picture.

So aku meneruskan research untuk Nokia 6300 dan Sony Ericsson K530i. Berikut adalah list kelemahan masing-masing.

Nokia 6300
- Cepat habis batery (3hrs talk time vs 7 hrs Sony Ericsson)
- Takde 3G

Sony Ericsson K530i
- Takde EDGE
- Takde Push To Talk
- Screen kecil (176 x 220 vs 240 x 320 Nokia)
- Screen color (256k colors vs 16M Nokia)
- Guna Memory Stick Micro (mahal vs Nokia microSD lebih murah)

Sekali imbas, memang jelas Sony Ericsson lebih inferior. Tapi sudah menjadi caraku pemilihan tak berdasarkan imbasan semata-mata. Aku gunakan cara yang diajar di Intel untuk membuat pilihan : Capacity vs Capability.

Di Intel,  capability adalah yang paling penting. Kemudian barulah capacity. Dan dalam capability jugak, kita kena tgk trend dan tahap penggunaan kita. So…pilihan akuadalah : Sony Ericsson K530i. Reason :

Lebih baik dalam Capability:
- 3G dalah trend masa depan dan akan menjadi standard di Malaysia dlm 2-4 tahun akan datang.Kekurangan mempunyai EDGE (2.5G) akan di atasi dengan cepat. Lagipun di Penang coverage 3G memang bagus.
- Push To Talk walaupun menarik untuk dipunyai, tetapi aku tak rasa aku mahu menggunakannya secara intensif since dia sebijik macam walkie talkie dna kebanyakan orang tak pakai pun Push to Talk. So, aku nak bercakap dengan siapa.

Kelemahan Capacity Adalah Minimum:
- Kelebihan 7hrs talk time berbanding 3hrs talk time untuk Nokia outweight lain-lain kelemahan Sony Ericsson. Penggunaan moden seperti internet browsing (guna EDGE/3G) akan memendekkan masa penggunaan dengan lebih pantas daripada talk time. So, 3hrs talk time Nokia bermakna dalam 1 hrs (1/3 dari talktime sbb screen lebih besar dan color lebih tinggi) je browsing. Sangat tak practical. Ia sure akan mencacatkan kelebihan Nokia mempunyai EDGE. Berbanding dengan Sony Ericsson, 7hrs talktime bermakna 3.5 hrs (1/2 talktime sbb screen lbh kecil & color lebih rendah) internet browsing. Lebih practical dan sangat suit dengan kelebihan 3G yang dia ada.

Conclusion: Aku beli Sony Ericsson + 1GB M2 card dengan harga RM525.
== { Semoga memberi manfaat kepada kawan-kawan yang lain }==