«

»

Jul 08

Thanks… My Friend

Peerrrrgghhh… penat rasanya hari ni. Banyak betul cabaran hari ni… start dari pagi, sampailah sekarang. Keje takder la banyak sebenarnya, tapi sebab hasil takder, jadi rasa penat sangat. 3 kali keje kene ulang balik sebab kesilapan kecil. Dah la satu-satu amik masa 2-3 jam :) . Tapi takper, ini mengajar aku erti kesabaran dan ketelitian. Lain kali jangan melangut lagi hilmi oooiiiii :) . Start dari lepas maghrib td, sibuk duk setup office. He he he… jangan keliru  lak, bukan MS Office yek, tapi office betul tau.. atau lebih tepat aku panggil Cube/kiub. Dah sebulan lebih keje, baru nak dapat cube. Malang betul aku. Orang lain, yang masuk awal sket dan yg akhir sket dari aku semua dah dapat cube sejak ari pertama diorang masuk kat sini. Rasa tersisih pulak. Ye laa… apa nak buat, dah rezeki kat sini. Asalkan halal, aku on jek. Gaji… cukup-cukup makan pun dah cukup bagus. Sekarang dah pukul 10:46pm, tapi aku masih lagi kat office. Aku dah abis keje kul 6:30pm td dah sebenarnya, tapi seperti biasa, tunggu muamm amik. Dia ni keje memang tak ingat masa punya… kul 9-10 malam pun duk wat keje lagi. Oleh kerana aku numpang dia, aku pun samaaaa laa jadi rajin jugak.. duk kat office :) . Tadi, masa nak update blog ni, tengok ada 2 komen dari kama dan aleshay. Thanks alot my friend.. rasa sangat gembira lihat komen dari korang. Dah lama kita tidak bersua… harap-harap kita akan berjumpa lagi suatu dari nanti. Aku selalu rindukan kawan-kawan semua… sama ada masa sekolah tadika, sekolah rendah, menengah, universiti, kat umah dll. Kalo la korang baca blog ni… kontek-kontek la aku yek. Aku rindu sebenarnya kat korang, tapi aku takder medium yang sesuai untuk menyampaikannya.

Aku pernah ditanya… siapakan kawan bagi aku. Kawan… rakan.. sahabat semuanya satu maksud, tapi ia membawa banyak kesan dalam kehidupan aku. Aku bukannya orang yang pandai berkawan sangat, tapi percayalah, aku memang menghargai kamu semua. Jatuh.. bangun aku… banyak dipengaruhi oleh kawan-kawan. Ada yang buat aku ketawa… ada yang buat aku menagis.. ada yang buat aku berfikir… ada yang buat aku marah dan ada yang buat aku diam. Tapi walau apa pun.. percayalah aku sangat hargai korang. Kadang-kadang, kalau teringat kan korang, menitis juga air mata aku. Korang semua adalah permata yang bergemerlapan dalam hati aku, walaupun mungkin ada dikalangan kawan-kawan ini yang sudah tidak menganggap aku sebagai kawan lagi.  Maaf kan aku… aku tak bermaksud untuk melukakan hati sesiapa pun. Aku hanyalah manusia biasa… maafkan aku.

Aku pernah ditanya.. siapa idola aku. Idola ? he he he… semua yang baik di sekitar aku adalah idola aku. Siput pun boleh jadi idola aku. Aku tak kecualikan sesiapa pun untuk jadi idola aku kerana aku percaya semua orang ada kebaikannya sendiri. Setiap satu yang datang kepada kita adalah dalam 1 pakej, sebahagiannya baik, dan sebahagian lagi buruk. Bergantunglah kepada kita untuk melihat yang baik atau yag buruk. Andai kata kita melihat kebaikannya maka baiklah perkara itu dan jika kita mlihat keburukannya, maka buruklah perkara itu. Percayalah… semua di sekitar kita adalah apa yang kita fikirkan. If u always think positive, then you’ll see what the beautiful world.. And if you think negative.. You’ll see how bad the world you live.

Tapi.. kalau ada orang bertanya.. siapa antara kawan-kawan aku yang aku rasa cemburu sangat, aku akan jawab RAJA RAFY. Mengapa ? mungkin kerana aku rasa dia mempunyai banyak benda yang aku tak ada. Dia sangat berkarisma, baik, teliti, bersungguh-sungguh dan tersusun. Aku ?? apa sangat la yang aku ada. Tapi ini tak bermakna aku tidak bersyukur… tapi aku ingin baiki diri aku agar menjadi lebih baik.

Siapa dia Raja Rafy?? alaaaa.. korang boleh tengok senarai friends dlm friendster aku ni… aku ni pengunjung setia blog dia. Tapi sayangnya dia tak banyak cerita tentang kehidupan dia dalam blog. Tak banyak cerita kehidupan dia yang aku boleh korek dari blog dia. Cerita pasal Raja Rafy ni… Aku cuma sempat 1 sem je blajar sama-sama dengan dia masa forecast dulu. Tapi sebelum tu, aku dah kenal dia sebab dia antara saingan paling sengit aku masa aku bertandingan Tunas Saintis (komputer) antara MRSM se-Malaysia 1999 dulu. Tak sangka sama-sama masuk UTM pulak. Dia la orang pertama yang aku tegur bila masuk Dewan Sri Iskandar (DSI) masa pendaftaran masa mula-mula masuk UTM. he he he

Dah kul 11:20pm.. aku dah nak balik. Muam dah call nak amik aku… banyak sebenarnya yang aku nak citer… maklumlah, cerita yang terkumpul sejak 23 tahun lalu. Mana sempat citer semua kaannn :D . Tapi aku akan crita sikit-sikit berkongsi dengan kawan-kawan semua. Mana tahu boleh dijadikan iktibar pada korang… dapat jugak aku pahala kan ? Aku akhirkan blog aku hari ini dengan salam ukhuwah untuk semua. Wassalam.

Comments

  1. Is says:

    “kawan yang baik adalah kawan yang tidak akan meninggalkan kawannya semasa kawannya itu di dalam kesusahan dan kesengsaraan”.
    sori untuk semua kesilapan aku dan hargailah kawan baik ko yg sentiasa anggap ko kawan dia sampai bila-bila.

  2. Mohd Hilmi says:

    Aku tahu siapa yg ko maksudkan.. aku juga tahu apa yang ko maksudkan.. dan aku ingin katakan bahawa aku masih anggap ‘dia’ sebagai kawan aku… cuma dia meminta sesuatu yang tak mampu aku boleh bagi… sesuatu yang tidak aku punyai dan sesuatu yang tidak aku kuasai. Aku dah tolong sedaya upaya aku, dalam luang lingkup kuasa dan tenaga aku.. aku tak nak mengungkit balik apa yang aku dah korbankan, dan juga aku tak mahukan apa-apa balasan.. takkan lah kerana aku tak mampu penuhi 1 permintaannya sahaja sudah dikira “meninggalkan kawannya semasa kawannya itu di dalam kesusahan dan kesengsaraan” ? Aku sudah cuba yang terbaik yang aku mampu buat dan yang mampu aku fikirkan. Aku cuma hendak katakan di sini bahawa cuma mungkin ko yang tak mengerti.. atau tidak mengetahui. Is.. alangkah baiknya kalau ko tanya balik empunya ‘diri’tu sebelum ko post sesuatu pada aku. Minta dulu kebenaran daripada’nya’ sebab ko sedang berbicara tentang diri’nya’. Sebab perkara ini hanya antara aku dan ‘dia’. Ko hanya mendengar kata-kata orang lain dan kata-kata ‘dia’ yg out dated,dan ko tak mahu menerima penjelasan daripada aku, padahal ‘dia’ sendiri tidak lagi menyalahkan aku. Untuk kawan-kawan lain, jangan pening-pening pasal hal ini.