«

»

Nov 16

The place called Palladia Apartment, Hillsboro, Oregon

Alahai… kecik je rupanya

Mak ai.. kecik tul bilik air dia

eh.. bath tab ni untuk budak kecik je ke?

Alahai…. dishwasher dia macam secondhand punyer

Alamak… ais kena buat manual ke? Takleh ke buat otomatik?

Isk… mana lak aircond ni… (sambil cari suis aircond seluruh rumah). Aisey… kena pakai kipas angin ke ?

Macam tu la 1st impression aku bila aku 1st masuk dalam umah ni. Jauh berbeza dari rumah yang aku dapat kat Folsom dulu (The Legend). 1 je bilik airnya. Tapi bila aku dah duduk 2-3 hari ni, rasa takder la teruk sangat. Oregon ni lebih ke arah utara, so cuaca sekarang dah sejuk. Siap kena pasang pemanas dalam rumah, kalau tak menggigil ler. Kat Folsom takder ler sejuk camni sangat. Kalau kat luar sejuk jugak ler kalau malam… dalam 56F (13C). Tapi dalam rumah panas. Boleh berpeluh kalau tak pasang aircond. Dengan kata lain, sebelum aku bertolak ke Oregon ni pun, aircond kena sentiasa terpasang. Siap kena set pada 68F (20C) lagi, sebab aircond lambat sejuk.

Sebenarnya Palladia ni takder pun dalam pilihan yang consultant (SIRVA) bagi kat aku. Tapi since aku nak ground floor (sebab wife tengah pregnant), so diorang cari yang lain dan akhirnya dapat ler aku Palladia ni.

He he he… satu benda menarik, kalau keluar malam-malam mulut akan berasap. Sampai bernafas pun leh keluar asap. Baru sedar semalam, masa gi Winco. Rasa macam kat negeri orang puteh lak (dalam hati : Eh, kan aku memang kat …..)