«

»

Aug 02

Trip To Apple Hills, Camino, California In Details

Hohohoho… best jugak gi kutip buah ni. Ini la pertama kali kitaorang gi kutip buah. Oleh kerana skrg ni musim buah berry, so kitaorang gi kutip buah berry. Ingat nk gi kutip peach dan plum jugak, tapi nampaknya kat sini takder kebun peach dan plum yg bagi kita kutip sendiri. Nak pergi ke information center, tutup la pulak.

Kitaorang betolak dari rumah pada pukul 10.45am dan sampai kat sana dalam 11.30am. Sebab susah nk dapatkan makanan halal, so kitaorang bawak Pizza Hilmi yang kitaorang buat sendiri malam tu. Blackberry tu reserve untuk bawak balik (walaupun iman pau banyak, kui kui kui)

Suhu masa tu sangat panas, sekitar 88F (31C). Tapi kira sejuk la tu sbb kalau kat rumah, biasanya suhu mencecah 102F (38C). Tapi olleh kerana kat malaysia pun suhu selalunya sekitar 31C, so takder la terasa sangat. Bahang panas memang ada, tapi sebab seronok punya pasal, takder la terasa.

Nurul Iman happy kutip buah blackberry. Pandai dia pilih buah dan masak. Ajar dia sekali dua je. Pastu dia pandai sendiri kutip buah yang dah masak (hitam). Ada 3 jenis Balack Berry kat situ; Jumbo BlackBerry, Marion BlackBerry dan Grape BlackBerry. Kat situ ada jugak RasBerry, tapi sebab tak sedap, kitaorang tak amik.

Antara ketiga-tiga jebis blackberry tu, Marion BlackBerry paling sedap, tapi buahnya paling kecil dan pokoknya berduri. Jumbo BalckBerry memang besar, tapi rasanya kelat sikit. Hehehe.. menarik betul. Rasanya ini lah pertama kalinya dalam hidup aku aku makan buah blackberry.

End up, kitaorang kena charge USD19 untuk 12 bekas blackberry. Tak penuh sepenuhnya, tapi dah tak larat nak kutip lagi so terus pergi timbang. Nurul Iman dah penat sangat sampai tak nak berjalan sampai kena dukung.  Lepas timbang, kitaorang duduk kat taman, makan pizza. Pastu kitaorang gi jalan-jalan naik kereta kat sekitar Apple Hills. Nurul Iman kepenatan, terus je “pengsan” bila masuk kereta.

Apple Hills ni ada berpuluh-puluh ladang. Kebanyakannya tanam apple, anggur, berry dan pokok krismas. Tempat buat wine pun belambak lambak dan bukan sepanjang tahun untuk lawatan, tapi nak buat apa pergi kat sana. Fruit market pun ada 2-3 bijik kat sini, tapi kitorang tak singgah.

Ok la… dah tak larat dah nak taip ni. Dah pukul 12.30 mlm. Esok nak keje. Tengok lah video kat bawah ni sebagai kenangan.

P/S: Satu bekas kat WinCo (supermarket)=USD 2.14

Nurul Iman Belajar Kutip Buah BlackBerry #1

Nurul Iman Belajar Kutip Buah BlackBerry #2

Kincir Air