«

»

Jul 19

Work.. work

Dah seminggu tak update blog ni… bukan sebab malas, tapi terlalu sibuk. Beban kerja dah mula bertimbun-timbun. Esok nak kene bagi progress report dalam meeting plak… tapi ari ni, host still tak jalan.. hmmmm problem betul :) . Hari ni terover time lagi… mungkin balik dalam pukul 11.30 mlm nanti. Apa nak buat, baik setelkan kerja betul-betul. Nanti bila sampai deadline, takder lah nak kelam-kabut, ye tak.

Teringat zaman blajar dulu-dulu (padahal baru grad 3 bulan), aku selalu tanya kawan-kawan yang dah keje… yang mana satu lagi best bagi diorang, masa belajar atau masa bila keje. Kebanyakannya akan jawab masa belajar.. sebab lebih releks dan fleksible. Ada banyak masa untuk diri sendiri… ada banyak cuti… ada banyak kawan-kawan dll. Pada masa tu, aku akan angkat kening… tanda tak beberapa senang dengan jawapan diorang. Aku tertanya-tanya… takkan keadaan keje teruk sangat ? Bukan ke blajar lagi tension ? Nak kene blajar… ada exam… ada kuiz… ada assignment.. dah la tu, duit lak asyik sengkek je. Budak- budak u ni… boleh dikatakan golongan miskin papa kedana… ye laaaa bersih dapat dalam RM1800/6 month (1 sem). So.. sebulan rata-rata cuma dapat RM300 jek. Tak ke daif tu ? Kalau keje… sebulan dah dapat RM2000. Waaaaa 666.6666% gross tuh ;) .

Sebut pasal keje ni…masa belajar dulu… untuk menampung duit yuran dan makan minum aku kat UTM, aku terpaksa buat part time. Siang pergi kuliah… malam pergi kerja. Hampir setiap malam balik dalam pukul 1 pagi. Kadang-kadang, bila cuti sabtu/ahad, balik sampai pukul 6 pagi pun ada. Tapi takder la dapat banyak sangat… dalam RM1000 je sebulan… tu pun kalo buat keje hari-hari. Kalo dkt exam/ujian, dapat RM500 je sebab terpaksa byk skip, nak kene study. 2 tahun jugak aku kene struggle cari duit sendiri sebab pinjaman MARA  stuck, sebab aku extend. Ada ker bagi pinjaman untuk 3 tahun jek. Penat aku dibuatnya. Tapi, aku tak ada pilihan lain… aku kena berkorban sedikit untuk teruskan pengajian. Kadang-kadang aku rasa letih sangat… terutama bila aku comparekan hidup aku dengan kawan-kawan lain, dan ada satu ketika yang aku rasa nak quit je dari UTM, sebab tension. Tapi nasib baik aku tak buat keje bodoh camtu. Kalau tak, sia-sia je usaha aku selama ini. Tapi yang bestnya… masa tu aku tetap dikira antara orang yang loaded antara kawan-kawan lain. Ye laaaa diorang dapat RM300 je kan sebulan ;) . Tapi… yang tak bestnya… bila time bayar yuran, aku la makhluk paling sengkek kat UTM dengan pada saat aku keluar UTM, aset terkumpul aku adalah -RM 2600 kerana berhutang 2 sem yuran dengan UTM. Hahahaha… dari kaya raya terus jadi papa kedana.

Masa tu.. aku ingat, bila aku dah keje… senang je la nak kumpul duit… tapi hidup tak begitu indah. Tapi, bila aku dah keje sekarang… tak dapat simpan duit sangat pun. Bayar sini.. bayar sana… pastu kene tanggung adik blajar… duit poket mak ayah… duit sewa,api air… makan minum.. duit prepaid hendset… akhir-akhirnya, tinggal la seceput dua je dalam bank. Ishhh… betul la orang kata… makin besar periuk, makin besar keraknya.

Kalau la ada orang tanya aku sekarang… yang mana satu lagi best… keje atau blajar. Ari ni… aku akan kata, aku akan kata belajar lagi best. Baru je sebulan aku keje, tapi pandangan aku dah berubah. Alam pekerjaan tidaklah seindah yang diimpikan. Tanggungjawab makin berganda… masa untuk diri sendiri makin berkurangan, kawan-kawan makin jauh… so, apa yang best sangat kerja ni. Dulu… masa belajar, kita ada banyak masa untuk diri sendiri.. kita ada kawan-kawan yang boleh berkongsi suka duka, masalah… tapi apabila dah kerja sekarang, semua tu semakin jauh. Kawan-kawan seangkatan semasa belajar dulu, bila dah mula kerja akan semakin sibuk dengan hal sendiri.. dan pergaulan kawan-kawan di tempat kerja akan limited di tempat kerja sahaja. Ye laaaaa kebanyakannya dah kahwin, so semua duk tumpukan perhatian pada keluarga. So, tak hairan la kalau budak-budak yang baru keje ni, akan cepat-cepat nak kahwin. Boring laa katakan ;)

Tapi… dalam hidup ini, kita kena terus bergerak.. kita tidak boleh berada di satu takuk sahaja. Suka atau tidak, kita mesti menempuhi hidup ini dengan tabah. Andai kita leka… kita akan ketinggalan. Masa akan terus beredar meninggalkan kita… hidup tak begitu indah, oleh itu.. kita yang perlu mengindahkan hidup kita sendiri. Jangan lah kita asyik cuba mengejar sesuatu yang bukan ditangan kita,  sehingga lupa menghargai apa yang kita ada. Hidup ini hanya akan menjadi indah jika kita menghargai apa yg kita ada… dan itulah dinamakan SYUKUR.