«

»

Sep 24

Fakta Kejutan : Apa jawatan yang bergaji RM500,000/setahun di Malaysia

Semalam, aku cerita pasal orang UK yang gajinya RM500,000, tetapi lagi sengkek dari orang yang gajiya jauh lebih kecil. Hari ni aku nak carita pasal apa jawatan yang boleh bagi RM500,000/setahun yang sangat tahu sebab aku kenal dia dari umur aku 1 saat. Aku tak pernah ceritakan benda ini kepada sesiapa lagi… so pembaca blog/facebook aku adalah orang pertama di dunia yang aku caritakan. Di sini, aku perkenalkan Pak Long aku (Mohamad Embong) untuk menceritakan, macam mana dia boleh mendapat gaji RM500,000/setahun.

(Dari Berita Harian)

FAKTA NOMBOR: Projek tanaman tembikai

12 hektar – Luas ladang

300 tan – Hasil tuaian setiap musim

RM200,000 – Hasil jualan tuaian semusim

RM500,000 – Pendapatan setahun

PERMAISURI: Sentiasa bersungguh dan tidak mudah menyerah kalah menjadi kunci kejayaan kepada warga emas, Mohamad Embong, 64, di Kampung Telaga Papan, di sini yang mampu memperoleh pendapatan mencecah hampir RM500,000 setahun.

Projek tanaman tembikai di kawasan seluas kira-kira 12 hektar yang diusahakan sejak Januari lalu kini berupaya mengeluarkan kira-kira 300 tan tembikai dengan purata pengeluaran kira-kira 25 tan bagi setiap hektar tanah yang diusahakan.

Dengan purata pendapatan sekitar RM150,000 hingga RM200,000 bagi setiap musim tuaian, tidak hairan pendapatannya mampu mencecah setengah juta ringgit setahun dengan tiga kali pusingan tanaman.

“Saya sudah berpengalaman lebih 30 tahun dalam aktiviti pertanian dan sudah bermacam jenis tanaman dan sayuran yang pernah saya usahakan.

“Antaranya petola, cili merah dan kacang panjang, malah saya pernah mengalami kerugian mencecah puluhan ribu ringgit tetapi ia sedikit pun tidak mematahkan semangat saya untuk meneruskan usaha ini,” katanya ketika ditemui di ladang miliknya di sini, semalam.

Dalam memaksimumkan hasil pengeluaran, Mohamad turut menanam tanaman lain selain tembikai yang hasil jualannya nanti akan digunakan bagi menampung kos lain seperti baja dan racun perosak.

Katanya, dia menerima bantuan modal hampir RM30,000 dari Jabatan Pertanian dan bantuan baja serta teknikal dari Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) yang serta modal sendiri sebanyak RM50,000 yang jumlah keseluruhan mencecah hampir RM280,000.

“Kini tanaman yang diusahakan sudah mampu dituai dan sebahagian besar hasil adalah untuk pasaran Kelantan dan Terengganu,” katanya.

Mohamad berkata, kejayaannya dalam sektor pertanian adalah didorong dan yang berpegang kepada prinsip `4K2T’ iaitu keyakinan, kemahuan, kesungguhan, kesempurnaan, tapak yang betul serta teknologi.

Dalam memastikan berjaya, Mohamad turut dibantu dua anak lelakinya iaitu Zamzuri, 28 dan Saiful, 25 yang mempunyai kemahiran dan pengalaman dalam mengendalikan jentera dan peralatan pertanian.

“Kesemua faktor itu perlu selari dan mesti ada bagi memastikan apa yang kita lakukan mencapai kejayaan.

“Satu lagi perkara penting adalah menjadikan kegagalan sebagai perkara yang luar biasa dan panduan untuk menjadikan kita lebih berjaya,” katanya.

Sementara itu, Pengarah LPP negeri, Rosli Harun, berkata pihaknya akan cuba mengetengahkan kejayaan Mohamad untuk dijadikan mentor kepada peladang dan petani yang di bawah naungan LPP untuk dijadikan motivasi supaya mereka lebih berjaya dan mampu berdaya saing.

“Pengalaman, kemahiran serta semangat Mohamad yang bergelumang dalam sektor pertanian sejak puluhan tahun sehingga sekarang boleh dijadikan pengalaman untuk mereka mengikut jejak langkah kejayaannya,” katanya.

FAKTA NOMBOR: Projek tanaman tembikai

12 hektar – Luas ladang

300 tan – Hasil tuaian setiap musim

RM200,000 – Hasil jualan tuaian semusim

RM500,000 – Pendapatan setahun