«

»

Aug 25

Kisah kedutaan Malaysia di baling najis dan jalur gemilang dipijak di Indonesia

Apabila ku baca berita dari Indonesia, terasa perit di dalam hati ini. Air mata ini pun terasa bergenang mengenangkan betapa bodohnya tindakan segelintir rakyat Indonesia yang secara terang-terangan menghina Malaysia.

Adakah mereka ini tuli, buta dan bisu selama ini? Adakah mereka tidak terfikir yang kita ini adalah serumpun? Andainya kita tidak dipisahkan secara jahat oleh British dan Ducth, kita adalah satu negara. Kita berbicara menggunakan bahasa yang sama… kita berbudaya dengan budaya yang sama dan kita menyembah tuhan yang sama. Di manakah logiknya kita menghina sesama sendiri??

Adalah mereka ini tuli, buta dan bisu selama ini? Siapakah yang ketawa terbahak-bahak melihat kita bersengketa? Siapakah yang mendapat manfaat apabila kita bersengketa? Siapakah yang menginginkan kita berpecah? Jawapannya adalah musuh kita. Apakah logiknya jika kita bersengketa, jika kita mempunyai musuh yang sama, dan tindakan ini menguntungkan musuh-musuh kita dan merugikan kita sendiri.

Adalah mereka ini tuli, buta dan bisu selama ini? Kebanyakan orang Melayu di Malaysia adalah cucu cicit orang Indonesia. Malah, raja-raja Malaysia pun kesemuanya berakar dari Indonesia. Apakah logiknya kita saling bercakaran disebabkan masalah yang kecil dan merugikan diri sendiri. Kita umpama badan yang sama.. dicubit kaki kiri, kaki kanan turut terasa.

Adalah mereka ini tuli, buta dan bisu selama ini? Adakah mereka tidak terfikir bahawa kita saling memerlukan? Indonesia umpama abang kepada Malaysia. Walaupun sekarang ini Malaysia lebih maju berbanding Indonesia dek kerana kegawatan ekonomi dan korupsi akan tetapi ku yakin tak lama lagi Indonesia akan menjadi negara yang lebih maju dari Malaysia. Indonesia mempunyai sumber manusia dan sumber alam yang melimpah ruah serta kedudukan muka bumi yang strategik. Apa yang mereka perlukan adalah pengurusan yang betul dan model ekonomi yang robust yang dimiliki oleh Malaysia. Di manakah logiknya mereka berprasangka buruk terhadap Malaysia yang mampu memajukan Indonesia lebih daripada kemajuan Malaysia sendiri dan pada masa yang sama, buat sementara waktu, Malaysia memerlukan buruh dari Indonesia yang mempunyai sumber manusia yang besar untuk bersaing di persada antarabangsa? Kejayaan Malaysia adalah kejayaan Indonesia dan kejayaan Indonesia adalah kejayaan Malaysia.

Adalah mereka ini tuli, buta dan bisu selama ini? Tidakkah  mereka nampak yang batu api yang sebenarnya adalah media mereka sendiri? Mereka mempunyai udang disebalik batu dan memisahkan Malaysia dan Indonesia. Lihatlah siapa disebalik mediamu dan bukalah matamu dan kamu akan nampak musang berbulu ayam disebaliknya… sedarlah

Kepada rakyat Malaysia.. janganlah beremosi dan menyerang balas kerana tindakan itu adalah sebodoh tindakan mereka. Bukalah mindamu dan janganlah jatuh ke perangkap musuh. Senyap bukanlah bermakna kalah, tapi senyap bermakna kita bijak membaca permainan musuh. Hulurkanlah salam persahabatan dan eratkanlah silaturrahim sesama kita.