«

»

May 14

Tipudaya Barat Membunuh Osama Laden Kali Ke-2

Mungkin masih ramai kawan-kawan di luar sana yang tidak menyedari bahawa Barat kini berusaha membunuh Osama Laden untuk kali yang kedua. Barat sedar, walau jasad Osama Laden telah terkubur, namun Osama Laden masih hidup di dalam hati orang-orang muslim yang memujanya.

Semalam, berita reuters melaporkan banyak video-video lucah telah ditemui oleh US di dalam thumb-drive yang dirampas dari rumah Osama Laden. Apabila aku membaca berita ini, apa yang terdetik dalam fikiran aku adalah “BULLSHIT”. Masakan Osama Laden boleh men-download video-video lucah itu sendiri apabila rumahnya itu diada talian telefon dan internet. Ia¬† diakui oleh laopran Reuters sendiri. Apa yang mereka spekulasikan adalah Osama Laden atau “carrier”nya men-download video-video lucah itu dari cybercafe dan membawanya ke rumah. Sudah tentulah Osama Laden tak akan keluar sendiri ke cybercafe tu… sebab ia umpama menempah maut. Jadi apa pilihan yang tinggal adalah “carrier” beliau yang tolong downloadkan video-video lucah itu untuk Osama Laden.

Adakah logik seorang pemimpin jihad yang berteraskan agama untuk menrecruit para mujahidin akan melakukan perkara sedemikian ? Sekiranya Osama Laden download senyap-senyap mungkin boleh diterima, tetapi jika meminta orang lain download video lucah secara terbuka begini, ia adalah mustahil. “Carrier” beliau¬† mestilah akan secara automatik mengetahui Osama Laden bukanya orang yang bermoral dan tak layak menjadi pemimpin mujahidin dan pasti dia tidak akan sanggup memperjudikan nyawanya untuk Osama Laden. Lagipun, berita begini akan cepat tersebar di dalam Al-Qaeda dan Osama Laden akan kehilangan kredibiliti.

Apa yang logik sekarang adalah, US sengaja mengada-adakan berita sebegini untuk melemahkan Al-Qaeda dengan menanam rasa sangsi terhadap pemimpin mereka (Osama) dan ia akan menyusahkan proses me-recruit ahli-ahli baru ke dalam Al-Qaeda. Begitu kotor sekali permainan US, tetapi aku ragui keberkesanan taktik mereka ini. Apa yang pasti, para non-muslim sekarang mempunyai “peluru” baru untuk menghina Islam.